Friday, July 22, 2016

MAJLIS PENUTUPAN BULAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1437H

             Majlis Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab diadakan pada 22 Julai 2016, dan digabung bersama dengan program Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437H. Objektif program ini untuk memberi keyakinan kepada para pelajar bahawa segala usaha dan ikhtiar perlulah diakhiri dengan bertawakal kepada Allah. Selain itu dapat membina keteguhan iman pelajar dan meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepatuhan kepada cara hidup Islam. Ia juga dapat merapatkan silaturrahim di kalangan pelajar dan para guru. 

Majlis penutupan ini bermula pada jam 7.30 pagi hingga 11.50 pagi dengan aktiviti seperti berikut :-
- Bacaan Yassin / Kehadiran
- Bacaan Doa
-Ucapan Guru Besar
-Penyampaian Hadiah Panitia Sains dan Pendidikan Islam & Bahasa Arab
-Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab
-Persembahan murid-murid tahun 4 dan tahun 5
-Jamuan Kelas
-Bersurai dan kemas kelas

              Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut setiap tahun, dan begitu juga pada tahun ini. Majlis ini diserikan dengan lagu Hari Raya yang berkumandang setiap ceruk sekolah. Semua murid berpakaian raya dan membawa kuih muih raya. Murid-murid menikmati jamuan hari raya mereka di kelas masing-masing dan ada juga kelas yang bergabung sesama mereka. 

Puan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang hafazan tahapsatu
Persembahan Kalam Jamaei' oleh murid-murid tahun lima

Puan Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang Hafazan Al Quran tahap dua

persembahan sajak Hari Raya oleh murid tahun lima

Perasmian penutup Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab oleh PK 1

Persembahan nyanyian Lagu Hari Raya oleh murid-murid tahun lima

Sebahagian daripada juadah Hari Raya oleh Murid-murid

Sebahagian daripada juadah Hari Raya oleh Murid-murid
     

         
Disediakan oleh :
Nordiana bt Amiruddin

 

No comments: