Tuesday, August 30, 2016

PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

29 Ogos 2016, Isnin -  Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, telah mengadakan program Sambutan Kemerdekaan  MOH NGETEH. Pihak Sekolah telah dijemput untuk meriahkan majlis  tersebut. Seramai 36 orang murid dan 3 orang guru telah turut serta dalam program tersebut.










Monday, August 29, 2016



Laporan Perhimpunan Minggu 32 (Petang)


Laporan Perhimpunan Minggu 32

Tarikh: 29 Ogos 2016
Tempat: Dataran Berbumbung
Masa: 3.40-4.10 petang


Guru Bertugas
Pn. Norazmah
En.Zulhusni

Pn. Nasibah
Pn. Rose Halina


Nyanyian
Lagu Negaraku
Lagu Negeri Selangor
Lagu Sekolah


Pengerusi Majlis (Adik Nor Asyikin binti Rosley)








Bacaan doa oleh adik Naqib Zakuan

Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Norazmah

Ikrar Murid oleh adik Aina Haziqah Puteri















Laporan Guru Bertugas Minggu lepas (Ustaz Adnan)
1. Murid dinasihatkan menjaga keselamatan diri ketika berada di sekolah dan di luar sekolah.
2. Murid dinasihatkan tidak terlalu leka bergurau sehingga boleh membahayakan diri. Ustaz mengaitkan akibat bergurau dengan kes kematian seorang pelajar yang terjatuh dari tingkat 3 bangunan sekolah di presint 9, Putrajaya. 




Ucapan Guru bertugas ( Pn. Norazmah)
- Tema 'Amalan Gotong-royong'
-mengingatkan murid amalan gotong royong yang bermula dari dalam kelas
-menjelaskan faedah bergotong-royong

-meminta murid mengamalkan amalan bergotong-royong





Perhimpunan diakhiri dengan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Iman Adriana.



Aktiviti hari ini: Pertandingan Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan





Laporan Perhimpunan Minggu 32 (Pagi)

Laporan Perhimpunan Minggu 32

Tarikh: 29 ogos 2016
Tempat: Tapak Perhimpunan
Masa: 7.30 - 8.15 am

Tema: Saya Anak Malaysia

Guru Bertugas
Pn. Raja Izurinawati (pengerusi majlis)
En. Yusnizan b. Ahmad Marzuki
Pn. Roshida bt. Nayan
Pn. Norjaya bt. Sumaleh

Nyanyian
Lagu Negaraku
Lagu Negeri Selangor
Lagu Sekolah
Dipimpin oleh adik Minhaj Qhusyari

Bacaan doa oleh adik Hakimi Aiman

Ikrar Rukunegara oleh Pn. Raja Izurinawati

Ikrar Murid oleh adik Wardah


IkrarKeselamatan Jalanraya oleh adik Nurin Damiya

Laporan Guru Bertugas Minggu lepas (En. Daud)

1. Murid yang membawa @ membeli makanan dari luar
     - menegur sikap murid yang membuang bekas makanan
       merata rata.
    - mengingatkan  murid membuang sampah dalam tong
      sampah
2. Murid membawa alat permainan
   - menegur murid yang mencipta mainan sendiri di sekolah
   - melarang murid membawa mainan ke sekolah
   - rampasan akan dibuat dan mainan tidak akan dipulangkan

Ucapan Guru bertugas ( Pn. Raja Izurinawati)

- Tema 'Saya Anak Malaysia'
-mengingatkan murid tentang peranan sebagai warga Malaysia
-Murid perlu bersatu padu

Promosi Buku
- disampaikan oleh adik Nurkasih


Judul Buku Yang Dipromosi



Penyampaian sijil perkhemahan oleh Datin Nora










Ucapan PK. Pentadbiran
- disampaikan oleh En. Mohd Azmin b. Atan

- mengulas tentang ulasan buku yang disampaikan oleh
  pengawas pusat sumber
- meminta murid agar mempertingkatkan bacaan buku
- berharap agar rekod pencapaian Nilam meningkat
- murid boleh menggunakan bilik akses untuk mencari
  maklumat
- memaklumkan bilik akses dibuka setiap hari

Makluman kepada semua murid:
1. Rabu cuti
2. Minggu depan murid Tahun 1-5 direhatkan
3. Cuti sekolah 12- 18hb
4.selepas cuti murid tahun 1 ada ujian bertulis Linus

Perhimpunan diakhiri dengan Malaysia Berjaya

MAJLIS BACAAN YASSIN, SOLAT HAJAT PERDANA DAN MOTIVASI

Tarikh: 27 Ogos 2016
Hari  : Sabtu
Masa : 7.30-12.00 tengahari
Anjuran: Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Unit Bimbingan Kaunseling dan PIBG SKPM.

Majlis Bacaan Yassin dan solat hajat perdana kali kedua telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Bermula dengan sesi pendaftaran ibu bapa dan murid tahun 6 pada pukul 7,30 pagi. Kesemua tetamu telah berkumpul di dewan SKPM untuk bersama-sama menunaikan solat sunat secara berjemaah. Solat sunat yang dilakukan adalah solat dhuha, solat taubat dan solat hajat. Solat sunat berjemaah tersebut telah diimamkan oleh ustaz Adnan bin Mustafa. 

Setelah selesai solat, majlis diteruskan lagi dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh ustaz Mohd Helmi bin Jumri. Sekitar jam 9.00 pagi, para tetamu dijemput untuk bersarapan pagi di kantin sebelum majlis diteruskan dengan ceramah motivasi. Pada jam 9.10 pagi, semua para tetamu dijemput untuk masuk ke dewan bagi mengikuti acara seterusnya. Majlis diteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Fazli bin Manaf. Antara initipati ceramah beliau tentang persediaan fizikal dan mental anak-anak untuk menghadapi peperiksaan UPSR, dorongan semangat dan doa restu dari ibu bapa. Dalam ceramah ini juga, beliau telah berjaya mewujudkan suasana dewan menjadi sebak dan sayu dengan tangisan anak-anak mendakap ibu bapa memohon kemaafan dan doa restu sebelum berjuang menghadapi medan pertempuran UPSR yang akan tiba tanggal 5 September ini. Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara penyampaian cenderahati kepada penceramah yang telah disempurnakan oleh GPK Pentadbiran iaitu En.Mohd Azmin bin Atan. Majlis berakhir pada jam 12.10 tengahari. Semoga majlis kerohanian ini mendapat keberkatan dari Ilahi..Aminn..








Sunday, August 28, 2016

PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU 31

PERHIMPUNAN MINGGU KE-31 SESI PETANG

Tarikh:22/8/2016
Tempat: Dataran Berbumbung
Masa: 3.40 pm - 4.10 pm

Tema: Rajin
Pengerusi Majlis: Ustaz Adnan

Guru Bertugas
En. Adnan
Pn. Y Nuryati
Pn. Nordiana
Pn. Saliza

1.Nyanyian 3 Buah Lagu
     Negaraku
     Negeri Selangor
     Lagu Sekolah

2. Bacaan Doa oleh adik Syauqi Aniq

3. Bacaan Ikrar Rukunegara oleh En. Adnan

4. Bacaan Ikrar sekolah oleh Adik Sofea

5. Ikrar Jalanraya oleh Adik Ainul

6. Ucapan  Guru Bertugas - disampaikan oleh En Adnan

7. Ucapan PK. Petang (Pn. Shafinarazura bt Salleh)

8. Penyampaian hadiah Hari Jadi bagi bulan Jun, Julai & Ogos

9.  Selesai perhimpunan, pemeriksaan berkaitan rambut, pakaian & salah laku murid dijalankan.

10. Murid beredar ke kelas masing-masing dalam keadaan teratur.