Monday, August 1, 2016

BENGKEL TERAPI DIRI

Pada 30/7/2016, Sabtu pihak sekolah telah menganjurkan LADAP kepada guru-guru dan staf SKPM. Ceramah disampaikan oleh En. Mohd Azam Bin Muhamed Nasir, Pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit Pembangunan Kapasiti Profesionalisme, BTPN Selangor. 

Beliau dengan besar hati telah menyampaikan ceramah bertajuk " Terapi Diri " secara percuma. Terapi ini menerangkan cara untuk mengenal diri sendiri. Beliau juga menerangkan apa itu 4 musuh manusia yang menghalang kita untuk hidup dengan tenang. Beliau juga memberikan banyak tips terapi diri supaya kita dapat menjalani kehidupan yang harmoni dan tenang.








Post a Comment