Monday, August 8, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-29 SESI PAGI

Tarikh : 8 Ogos 2016 (Isnin)
Masa : 7.30-8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKPM

Guru Bertugas :
 1) En. Mohamad Helmi B. Jumri
 2) Pn. Salinda Bt. Kadri
 3) Pn. Che Mariah Bt. Ngah
 4) Pn. Nurhafizah Bt. Udin
 5) Pn. Norsaliza Bt. Abd Ghani

Pengerusi Majlis : En. Mohamad Helmi B. Jumri


Aktiviti:

1) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
   
Nyanyian lagu dipimpin oleh Muhammad Afiq Danish

2) Bacaan doa

Bacaan doa oleh Muhammad Hakimi Aiman

3) Bacaan Ikrar Rukun Negara, Ikrar Murid dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya

Ikrar Rukun Negara oleh En. Mohamad Helmi


Ikrar Murid oleh Muhammad Danish

Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Muhammad Zal Hasmi


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn. Suriatie Bt. Che Lah)

Pn. Suriatie menyampaikan laporan minggu lepas

1) Murid diingatkan untuk menutup suis lampu dan kipas sebelum keluar rehat untuk mengelakkan pembaziran

2) Murid diminta menjaga kelakuan diri semasa rehat.


Laporan Guru Bertugas Mingguan (En. Mohamad Helmi B. Jumri)


En. Mohamad Helmi selaku Pengerusi Majlis dan wakil guru bertugas menyampaikan ucapan

Tema : Sayangi diri sendiri

1) Murid perlu menyayangi diri sendiri dengan mencari ilmu.
2) Murid diingat supaya menjaga kesihatan diri dengan banyak minum air kosong, bersenam, makan makanan berkhasiat dan sebagainya.
3) Murid diumumkan dengan berita sedih kepulangan ke Rahmatullah seorang murid Tahun 4 Cemerlang iaitu Alia Maisarah dan murid diminta sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah. Tabung derma akan diedarkan kepada murid.


Ucapan Guru Besar (Pn. Siti Habsah Bt. Ahmad)
Pn. Siti Habsah menyampaikan amanat

1) Murid diingatkan supaya menjaga keselamatan diri di mana-mana sahaja. 
2) Murid diminta tidak membuang sampah di bawah meja sebaliknya membuang sampah di dalam beg plastik yang dibawa dari rumah selaras dengan Program Pelestarian Lingkungan (Bebas Sampah) yang telah dilancarkan pada bulan Mei.


Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Malaysia Berjaya.



Post a Comment