Monday, August 1, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PAGI MINGGU KE-28 2016

Tarikh              : 1 Ogos 2016
Masa              : 7.30 hingga 8.00 pagi
Tempat          : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi:
  1. Pn. Suriatie bt Che Lah
  2. Pn. Nirawaty bt Mohd Nor
  3. Pn. Sarifah bt Saini
  4. En. R.Gopi a/l Rangaya
Aktiviti
  • Pengerus Majlis: Pn. Suriatie binti Che Lah
  • Nyanyian   : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
                                 Dikendalikan oleh Ulfah Umairah bt Azizi (5G)
  • Bacaan Doa: Muhammad Aniq bin Amin (5G)
  • Ikrar Rukun Negara : Pn. Suriatie binti Che Lah
  • Ikrar Sekolah : Farah Adiba bt Azian (5G)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya: Muhammad Rusyaidi (5G)                   
         

Ucapan Guru Bertugas
  • Tema  : Menghargai Kemerdekaan
  • Disampaikan oleh Pn. Suriatie binti Che Lah
  • Menjelaskan maksud kemerdekaan dalam aspek kemerdekaan negara, Islam.
  • Menjelaskan kepentingan menghargai kemerdekaan.

 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
  • Disampaikan oleh Pn. Hayati bt Kamis
  • Peringatan tentang peperiksaan UPSR yang bakal dilaksanakan dalam masa sebulan.   
  •  Murid-murid diingatkan supaya membuang sampah di dalam tong sampah.
  • Jangan tinggalkan sampah di atas tong sampah, meja kantin, laci meja kelas, bawah meja dan lain-lain tempat yang tidak sesuai.
  • Semasa menunggu bas waktu pulang juga, murid-murid perlu membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di luar kawasan sekolah bagi mengelakkkan kawasan menjadi kotor kerana tiada pekerja pembersihan di luar kawasan sekolah.
Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas : Pn. Hayati

 Disiplin Murid             : Baik dan terkawal

Pengumuman GPK Kokurikulum
Perkhemahan Perdana
  1. Pendaftaran pada pukul 3 petang bagi murid yang tidak mengikuti persekolahan SRA.
  2. Bagi yang menduduki peperiksaan di SRA, pendaftaran dibenarkan sehingga jam petang.
  3. Murid-murid diingatkan supaya menjawab peperiksaan dengan tenang dan tidak tergesa-gesa untuk menghadiri perkhemahan.
  4. Borang penyetaan perkhemahan masih boleh dihantar sehingga hari ini, Isnin 1/8/2016.
  5. Taklimat perkhemahan akan diberi esok, Selasa 2/8/2016 oleh Pn. Yusnur Aida.
Pengumuman dari GPK Kurikulum: Datin Nora


No comments: