Monday, August 29, 2016

MAJLIS BACAAN YASSIN, SOLAT HAJAT PERDANA DAN MOTIVASI

Tarikh: 27 Ogos 2016
Hari  : Sabtu
Masa : 7.30-12.00 tengahari
Anjuran: Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Unit Bimbingan Kaunseling dan PIBG SKPM.

Majlis Bacaan Yassin dan solat hajat perdana kali kedua telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Bermula dengan sesi pendaftaran ibu bapa dan murid tahun 6 pada pukul 7,30 pagi. Kesemua tetamu telah berkumpul di dewan SKPM untuk bersama-sama menunaikan solat sunat secara berjemaah. Solat sunat yang dilakukan adalah solat dhuha, solat taubat dan solat hajat. Solat sunat berjemaah tersebut telah diimamkan oleh ustaz Adnan bin Mustafa. 

Setelah selesai solat, majlis diteruskan lagi dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh ustaz Mohd Helmi bin Jumri. Sekitar jam 9.00 pagi, para tetamu dijemput untuk bersarapan pagi di kantin sebelum majlis diteruskan dengan ceramah motivasi. Pada jam 9.10 pagi, semua para tetamu dijemput untuk masuk ke dewan bagi mengikuti acara seterusnya. Majlis diteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Fazli bin Manaf. Antara initipati ceramah beliau tentang persediaan fizikal dan mental anak-anak untuk menghadapi peperiksaan UPSR, dorongan semangat dan doa restu dari ibu bapa. Dalam ceramah ini juga, beliau telah berjaya mewujudkan suasana dewan menjadi sebak dan sayu dengan tangisan anak-anak mendakap ibu bapa memohon kemaafan dan doa restu sebelum berjuang menghadapi medan pertempuran UPSR yang akan tiba tanggal 5 September ini. Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara penyampaian cenderahati kepada penceramah yang telah disempurnakan oleh GPK Pentadbiran iaitu En.Mohd Azmin bin Atan. Majlis berakhir pada jam 12.10 tengahari. Semoga majlis kerohanian ini mendapat keberkatan dari Ilahi..Aminn..










No comments: