Saturday, August 6, 2016

PERKHEMAHAN PERDANA 2016 (HARI KEDUA)

6 Ogos 2016 (Sabtu) -  Hari kedua Perkhemahan Perdana menyaksikan pelbagai aktiviti yang menarik dan berbeza dari tahun sebelum ini. Aktiviti dimulakan dengan senaman pagi seawal jam 7.30 pagi.

Seterusnya, pertandingan kawad kaki antara unit beruniform TKRS, Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Persatuan Puteri Islam Malaysia yang melibatkan penyertaan semua peserta. 

Permainan misteri yang merupakan permainan yang dinanti-nantikan oleh semua peserta kerana permainan ini pertama kali diwujudkan sepanjang perkhemahan. Semua peserta kelihatan begitu teruja dan gembira menyertai permainan ini. Semangat kerjasama telah ditunjukkan semasa permainan dijalankan.

Aktiviti Ikhtiar Hidup yang merupakan aktiviti wajib setiap kali perkhemahan dapat mencungkil bakat memasak dalam kalangan peserta. Aktiviti ini secara tidak langsung membantu peserta mengenali dan mengetahui susah payah menguruskan keperluan untuk mendapatkan sesuap makanan.

Pada sebelah petang pula, diadakan aktiviti pertandingan ikatan antara setiap kumpulan. Pada tahun ini, kita sangat bertuah kerana mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada Pengakap Kelana Sepang. Semoga ilmu yang diberikan mendapat manfaat bagi semua peserta.

Semua aktiviti yang dijalani oleh setiap peserta dinilai dan diberi pemarkahan. Ini bagi menetukan kumpulan terbaik yang dipilih oleh jawatankuasa pelaksana. 

Antara yang bertuah pada perkhemahan tahun ini ialah:
Pertandingan Kawad Kaki
Johan: Tunas Kadet Remaja Sekolah
Naib Johan: Pengakap Kanak-kanak

Peserta Terbaik
Lelaki: Hakimi Aiman (TKRS)
Perempuan: Farah Adiba bt Azian (PPIM)

Pemenang Keseluruhan
Pertama: Kumpulan 9 (Fasilitator - Pn. Ainul Fathiah)
Kedua: Kumpulan 2 (Fasilitator - Pn. Roshida)
Ketiga: Kumpulan 4 (Fasilitator - Pn. Diana)

Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform ini berakhir pada jam 4.00 petang dengan disempurnakan penutupannya oleh GPK Kokurikulum, Datin Nora bt Yusof dan acara bergambar kenang-kenangan.





Permainan Misteri 1

Permainan Misteri 2




Aktiviti Ikhtiar Hidup




Pertandingan Ikatan





Tetamu Jemputan (Pengakap Kelana)

Peserta Terbaik Lelaki: Hakimi Aiman

Peserta Terbaik Perempuan: Farah Adiba

Johan Keseluruhan: Kumpulan 9

Naib Johan: Kumpulan 2









No comments: