Saturday, August 6, 2016

PERKHEMAHAN PERDANA 2016 (HARI PERTAMA)

5 Ogos 2016 (Jumaat) - Hari ini merupakan hari pertama Perkhemahan Perdana Unit Beruniform yang akan diadakan selama 2 hari 1 malam. Seramai 70 orang murid telah menyertai perkhemahan tersebut dengan 10 orang fasilitator yang terdiri daripada guru-guru SKPM.

Sesi pendaftaran bermula seawal jam 3.00 petang hingga 7.00 petang kerana memberi ruang kepada murid-murid yang menghadiri peperiksaan di SRA. Aktiviti diteruskan dengan aktiviti memasang khemah yang diterajui oleh En. R.Gopi, En. Yusnizan, En. Ibrahim, Pn. Yusnur Aida dan Pn. Saripah.

Seterusnya, murid mempelajari teknik ikatan, kawad kaki dan latihan untuk aktiviti apresiasi seni.

Pada sebelah malam pula, aktiviti kerohanian telah dikelolai oleh Ustaz Adnan. Manakala, aktiviti Ice Breaking (Mencari Suara Haiwan dan Mumia) dijalankan bagi memupuk sikap kerjasama dan berkumpulan.

Aktiviti pada hari ini diakhiri dengan persembahan dari setiap kumpulan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tarian, boria, dikir barat, lakonan, nyanyian, bicara berirama dan lain-lain lagi. Persembahan pada malam ini menyaksikan pelbagai gelagat dan telatah murid serta secara tidak langsung dapat mencungkil bakat murid-murid.






















No comments: