Monday, September 26, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 35 SESI PAGI

Tarikh   : 26 September 2016
Tempat : Dataran perhimpunan
Masa     : 7.30-8.15 pagi

Guru Bertugas: 
1) En. Mohamad Helmi Bin Jumri
2) Pn. Nurhafizah Bt. Udin
3) Pn. Salinda Bt. Kadri
4) Pn. Che Mariah Bt. Ngah
5) Pn. Norsaliza Bt. Abd Ghani

Pengerusi majlis : Pn. Nurhafizah Bt. Udin

Aktiviti:

1) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (dipimpin adik Minhaj)
2) Bacaan doa (diketuai adik Hakimi Aiman)
3) Bacaan Ikrar Rukun Negara (diketuai Pn. Nurhafizah)
4) Bacaan Ikrar Murid (diketuai adik Muhammad Syahir)
5) Bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya (diketuai adik Daniel Iman)





Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas(Pn. Nirawaty)

1) Kehadiran perlu ditingkatkan
2) Kebersihan dalam dan luar kelas
- kutip jika terjumpa sampah
- buang dalam tong sampah yang telah disediakan


Ucapan Guru Bertugas Mingguan (Pn. Nurhafizah Bt. Udin)

Tema: Budaya Menuntut Ilmu
1) Banyak membaca buku
2) Ilmu menjadikan seseorang itu lebih baik



Sejarah Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

- Serba sedikit sejarah penubuhan TKRS telah dibacakan oleh adik Hakimi Aiman memandangkan pada minggu lepas perhimpunan bertemakan TKRS ditangguhkan kerana hujan.

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan

1) Bulan Penutupan Bulan Kemerdekaan telah dipengerusikan oleh En. Yusnizan.
2) Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang telah dijalankan.
3) Persembahan oleh murid Tahun 5 Cemerlang.
4) Gimik penutupan telah disempurnakan oleh GPK Pentadbiran, En. Mohamad Azmin B. Atan.





Pemenang hiasan kelas patriotik tempat pertama - 4 Gemilang
Pemenang hiasan kelas patriotik tempat kedua - 1 Dinamik
Persembahan murid 5 Cemerlang
Gimik penutupan


Ucapan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Datin Noraizah Bt. Dun)

1) Kehadiran murid
- terdapat murid yang ponteng sekolah
-surat amaran akan diberi jika 3 kali berturut-turut ponteng sekolah
2) Murid tidak dibenarkan memakai T-shirt sukan pada hari Isnin kecuali jika perhimpunan bertemakan Unit Beruniform dibolehkan memakai T-shirt Unit Beruniform.
3) Murid lelaki ditegur tentang rambut
- terdapat murid yang memotong rambut mengikut fesyen yang melanggar peraturan sekolah.
4) Murid membuang sampah dalam beg plastik yang dibawa dari rumah
- tong sampah kelas akan disimpan
- kutip sampah setelah menjalankan aktiviti
5) Murid yang makan di kantin hendaklah membuang plastik atau kertas pembungkus makanan di tong sampah kantin
6) Murid diingatkan supaya makan di kantin dan tidak meninggalkan peralatan kantin di tempat yang tidak sepatutnya


Pengumuman sebelum berhimpunan berakhir:

1) Buku Rekod Bacaan NILAM hendaklah dihantar kepada guru kelas pada minggu ini.
2) Hari Sukan Sekolah akan diadakan pada 4 dan 5 Oktober.
3) Peperiksaan Akhir Tahun akan bermula pada 17 Oktober.
4) Hari Kanak-kanak akan diadakan pada 27 Oktober 2016.



No comments: