Friday, September 2, 2016

PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN 2017 SMKA KAA SABK KRK LEPASAN UPSR 2016

Permohonan sekolah kawalan akan dibuka secara online bagi sesi ambilan 
Januari 2017 bermula pada 01.09.2016 hingga 30.09.2016. 

Sekolah kawalan adalah sekolah-sekolah yang diwujudkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di mana Konsep sekolah kawalan ini adalah untuk mewujudkan dan memantapkan kecergasan dan prestasi akademik pelajar dari tahap baik kepada yang lebih baik dan seterusnya ke tahap cemerlang. 

Ia juga antara usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan di negara ini untuk setanding dan setara dengan negara maju yang lain seperti Jepun.

Terdapat 6 jenis dan senarai sekolah kawalan yang ada di Malaysia iaitu :

Sekolah Kawalan/ Sekolah Rancangan Khas (SRK)/ Sekolah Elit/ Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN)
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Kelas Kawalan/ Kelas Premier
Kelas Rancangan Khas (KRK)/Rancangan Khas Daerah (RKD)/ Sekolah Premier
Kelas Aliran Agama (KAA) 

Kepada pelajar-pelajar Tahun 6 lepasan UPSR 2016 yang berminat untuk daftar permohonan sekolah kawalan Menengah Tingkatan 1 boleh mengemukakan permohonan di pautan yang disediakan di bawah. 
                                               https://public.moe.gov.my/

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman 
Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPAT)

Tarikh Rasmi Sistem Aplikasi Borang Online Permohonan Sekolah Kawalan Menengah 2017 dibuka pada  1 September 2016 dan ditutup pada 30 September 2016.

Sehubungan dengan itu kepada   ibu bapa / penjaga murid tahun 6 berminat untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah kawalan yang dinyatakan di atas bolehlah  mengambil tindakan segera.

No comments: