Friday, October 28, 2016

PROGRAM PASCA UPSR 2016 - CERAMAH AWAL REMAJA DAN AKHIL BALIGH SERTA TATACARA MANDI WAJIB

SK PULAU MERANTI, 27 Oktober 2016 - Panitia Pendidikan Islam dan Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah berjaya menganjurkan Program Pasca UPSR 2016. Program ini melibatkan semua murid Tahun 6. Program ini bermula dengan Ceramah Awal remaja yang disampaikan oleh Pn. Sugunah iaitu Guru Kaunseling SK Pulau Meranti. Ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang transisi ke alam remaja dan perubahan dalam pelbagai aspek yang akan dialami oleh  murid-murid pada usia 12 tahun termasuklah biologi, psikologi dan seksologi

Program Pasca UPSR ini diteruskan dengan Tatacara Mandi Wajib yang dikelolakan di bawah Panitia Pendidikan Islam. Ia bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman serta tatacara yang betul dalam pengurusan mandi wajib. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu murid lelaki dan murid perempuan. Sebelum program bermula, taklimat telah disampaikan oleh Pn. Norhanim Ismail untuk murid perempuan dan En. Mohd Helmi bagi murid lelaki. Bagi memastikan aktiviti amali mandi wajib lebih praktikal dan berkesan murid-murid lelaki dibahagikan kepada tiga kumpulan di bawah pengawasan En. Yusnizan, En. Daud dan En. Mohd Helmi. Manakala murid perempuan dibahagikan kepada empat kumpulan di bawah pengawasan Pn. Norhanim, Pn. Norhalida, Pn. Maziana dan Pn. Hayati.

Semoga program ini memberi pengalaman dan ilmu yang berguna kepada semua murid tahun 6 untuk mereka praktikkan dalam kehidupan seharian berlandaskan tuntutan agama Islam.





wajah ceria sebelum amali mandi wajib


sejuk nak mandi

                                               

Taklimat ringkas tatacara mandi wajib oleh En. Mohd Helmi

Murid-murid teruja mendengar ceramah


Ceramah alam remaja oleh Pn. Sugunah

Wednesday, October 26, 2016

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PETANG MINGGU KE-39

GURU BERTUGAS :

1. Pn. Nasibah binti Sairi
2. Pn. Norazmah bt. Che' Omar
3. Pn. Rose Halina binti Jedin

TEMA MINGGU INI : Amalan Membaca Buku

Perhimpunan Mingu ke-39 dimulai dengan menyanyikan 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

Seterusnya bacaan doa yang dipimpin oleh Mohd Naqib Zakwan bin Mohd Halimi. Bacaan RUKUNEGARA oleh Pn. Rose Halina binti Jedin, Ikrar murid oleh Nur Zuhayra binti Mohd Zahran dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Ainun Nisa binti Kamaruzaman.

Perhimpunan diteruskan dengan laporan guru bertugas minggu lepas cikgu Zulhusni yang melaporkan mengenai tanggungjawab murid terhadap kebersihan persekitaran sekolah yang dilihat kurang   memuaskan dan masih ditahap yang sederhana.

Guru bertugas Pn. Rose Halina menekankan mengenai kepentingan menjaga buku NILAM. Murid-murid diingatkan supaya mencatat buku yang telah dibaca dan berusahalah untuk meningkatkan bacaan agar dapat meraih anugerah pembaca terbanyak.

Seterusnya, Pn. Safinar menyampaikan kek Hari Lahir bagi murid yang menyambut hari lahir pada bulan Oktober.

Perhimpunan selesai dan ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.


LENSA GAMBAR









PERAYAAN DEEPAVALI



Sempena Perayaan Deepavali, sekolah akan bercuti mulai 

28 Oktober 2016 (Jumaat)
 hingga 
1 November 2016 (Selasa). 

Sekolah akan dibuka semula pada 2 November 2016 (Rabu).



Image result for DEEPAVALI

Friday, October 14, 2016

PROGRAM MELANGKAH KE SEKOLAH MENENGAH

Pada 13 Oktober 2016 - Rabu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan program " Melangkah ke Sekolah Menengah". Program ini dimulakan pada jam 11pagi hingga 1petang.

Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk menberi pendedahan tentang perbezaan dan peraturan sekolah menengah. Pendedahan ini akan membantu murid untuk sedia dari segi fizikal dan mental.
Kaunselor SMK Putra Perdana, Cikgu Shamshul di jemput untuk memberikan taklimat ini.

Disebabkan kebanyakan murid SKPM akan meneruskan pendidikannya di sekolah tersebut, maka kaunselor sekolah tersebut dijemput untuk menerangkan serba sedikit mengenai sekolah tersebut dan juga peraturan umum sekolah menengah.










Thursday, October 13, 2016

AKTIVITI PASCA UPSR - MEMBUAT AISKRIM

13 Oktober 2016 (Khamis) - Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk murid-murid Tahun 6 selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pada hari ini, murid-murid Tahun 6 berpeluang merasai pengalaman menghasilkan aiskrim pelbagai perisa seperti vanila, oren, strawberi dan lain-lain lagi.

Sebelum memulakan aktiviti, murid-murid dipertontonkan video cara-cara menghasilkan aiskrim dan diikuti demontrasi oleh guru Sains, En. Daud bin Aris. Kemudian, murid-murid merasai sendiri cara-cara menghasilkan aiskrim dan menikmati aiskrim yang mereka hasilkan.






Monday, October 10, 2016

Laporan Bertugas Minggu Ke 37

Laporan Perhimpunan Minggu Ke 37

Guru Bertugas
1. En. Daud b. Aris
2. Pn. Siti Juitah bt. Ibrahim
3. Pn. Marlina bt. Mat Zin
4. Pn. Norhanim bt. Ismail

Nyanyian 3 buah lagu
1. Negaraku
2. Negeri selangor
3. Sekolah

Bacaan doa oleh adik Muhammad Aniq b. Amin


Ikrar Rukunegara oleh Pn. Siti Juitah

Ikrar Murid oleh Farah Adiba bt. Azian

Ikrar Keselamatan Jalan Raya

Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas
- disampaikan oleh Pn. Noni

- menyampaikan tentang keselamatan jalan raya semasa hadir
   dan pulang.

Ucapan Guru Bertugas
_ disampaikan oleh Pn. Siti Juitah
- Tema minggu ini ialah Usaha Tangga Kejayaan


Penyampaian Hadiah
1. Hari Puteri Peringkat Daerah Sepang
-- Disampaikan oleh Datin Nora (PK. Kokurikulum)


2. Bengkel Teater Peringkat Negeri Selangor
- Disampaikan oldh Datin Nora (PK. Kokurikulum)


3.Pertandingan Tarian Rakyat Kreatif Peringkat Kebangsaan
- Disampaikan oleh Pn. Guru Besar




Perhimpunan diakhiri dengan Malaysia Berjaya

Laporan oleh:
Pn. Norhanim bt. Ismail


Saturday, October 8, 2016

HARI SUKAN NEGARA 2016

8 Oktober 2016 (Sabtu) - Sambutan Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. 

SK Pulau Meranti juga tidak ketinggalan meraikan sambutan Hari Sukan Negara bertempat di SK Pulau Meranti dengan kerjasama SK Pulau Meranti, PIBG dan JKKKP. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara telah diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah senamrobik, berjalan kaki 500 langkah dan permainan rakyat seperti congkak, dat, bowling kelapa dan baling tin. Di samping itu juga, beberapa buah gerai makanan dibuka bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini.

Ternyata sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat sangat menggalakkan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini.

Pendaftaran murid, ibu bapa, guru dan penduduk setempat



Senamrobik






Berjalan kaki 500 langkah




Permainan Congkak



Permainan dat
 



Bowling Kelapa



Baling Tin Menggunakan Selipar



Acara Kutip Gula-gula Kanak-kanak 3 Tahun ke bawah


Wajah-wajah Pemenang