Friday, November 11, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 41 SESI PETANG

Tarikh   : 7 November 2016

Tempat : Dataran Berbumbung
Masa     : 3.40-4.30 petang

Guru Bertugas: 
1. Pn. Nasibah binti Sairi
2. Pn. Norazmah bt. Che' Omar
3. Pn. Rose Halina binti Jedin

Pengerusi majlis : En. Mohd Riza Feelaqiz

TEMA MINGGU INI : Menghargai Persahabatan

Perhimpunan Mingu ke-41 dimulai dengan menyanyikan 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

Seterusnya bacaan doa yang dipimpin oleh Muhammad Naif. Bacaan RUKUNEGARA oleh En Mohd Riza Feelaqiz, Ikrar murid oleh Abdul Razziq Hakimie dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Aiza Aryana.

Perhimpunan diteruskan dengan laporan guru bertugas minggu lepas Pn Y Nuryati yang melaporkan mengenai tanggungjawab murid terhadap kebersihan persekitaran sekolah yang dilihat kurang   memuaskan dan masih ditahap yang sederhana.

Guru bertugas Pn. Rose Halina memberi penerangan mengenai sambutan hari kanak-kanak yang akan diadakan pada Khamis 10/11/2016.

Seterusnya, Pn. Nasibah menyampaikan kek Hari Lahir bagi murid yang menyambut hari lahir pada bulan November.

Perhimpunan selesai dan ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.


LENSA GAMBAR
                                                                              










No comments: