Thursday, November 24, 2016

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2016

Pada 23 November 2016 (Rabu), Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang bertempat di Dewan Sekolah. Majlis Anugerah Cemerlang ini adalah anjuran Unit Kokurikulum sekolah dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengikhtirafan kepada murid-murid yang telah menunjukkan pencapaian dalam bidang akademik, sahsiah dan Kokurikulum sepanjang tahun 2016. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil Ketua Wanita UMNO Bahagian Sepang iaitu Tuan IR Haji Amir Bin Aris. Aturcara perjalanan majlis adalah seperti berikut;

  • Ketibaan murid, ibu bapa/penjaga, tetamu VIP
  • Pendaftaran
  • Persembahan Murid Tahun 5-Dikir Barat
  • Penyampaian Anugerah Cemerlang Tahap 1
  • Penyampaian Anugerah Cemerlang Tahap 2
  • Penyampaian Anugerah Sijil & Penghargaan (Kehadiran Penuh & Anugerah Pemulihan Khas)
  • Pembuka Bicara Pengacara Majlis
  • Nyayian lagu Negaraku
  • Bacaan Doa
  • Ucapan Alu-aluan Guru Besar -Puan Siti Habsah Binti Ahmad
  • Ucapan NYDP PIBG - Datuk Hasnan Bin Abdullah
  • Ucapan Perasmian oleh Wakil Senator - Tuan IR Haji Amir Bin Aris
  • Persembahan Pembukaan Galang Maya
  • Perarakan Masuk Tokoh
  • Penyampaian Anugerah Tokoh-Tokoh Sinar
  • Persembahan Finale Galang Maya
  • Sesi Bergambar
  • Bersurai
Alhamdulillah, syukur majlis berjalan dengan lancar. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada PIBG yang sentiasa memberi sokongan dan komitmen kepada pihak sekolah. Jutaan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan SK Pulau Meranti kerana telah bertungkus lumus sehingga berjaya menganjurkan majlis kita pada hari ini. Segala jasa baik hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Pendaftaran ibu bapa dan murid.

Pendaftaran ibu bapa dan murid.

Ketibaan ibu bapa/ penjaga.

Peserta menunggu giliran menerima hadiah.

Ketibaan wakil Senator, Tuan IR Haji Amir Bin Aris.

Wakil daripada Pihak PPD Sepang.

Gimik perasmian Majlis Anugerah Cemerlang.

Persembahan pembukaan kumpulan Galang Maya.

Persembahan Finale Galang Maya.
Penyampaian hadiah bagi murid Tahap 2.

Penyampaian hadiah bagi murid Tahap 1.

Penyampaian hadiah bagi murid Tahap 1.

Wardah Qistina Binti Ismail (Anugerah Sinar Nurani) 

Muhammad Irsyaduddin Bin Sahari (Anugerah Kuntum Harapan -Pemulihan Khas)

Nurfilzah Zaheedah Binti Ahmad Muzzaffa (Anugerah Sinar Bestari).

Penerima-penerima tokoh bergambar kenangan bersama tetamu VIP.

Bergambar kenangan bersama guru-guru Tahun 6.

Terima kasih semua....

No comments: