Tuesday, November 8, 2016

PAMERAN KERJAYA BERSAMA KIDZANIA

Pada 8 November 2016, Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah mengadakan satu program 'Pameran Kerjaya Bersama Kidzania'. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6  tentang bidang kerjaya yang boleh diceburi apabila mereka besar nanti. Murid-murid sangat teruja dan seronok apabila diberi peluang untuk menguji bakat dalam bidang kerjaya yang disediakan oleh pihak Kidzania. 

Program ini bukan sahaja dapat mencungkil bakat dalam kalangan murid-murid, bahkan memberi inspirasi kepada mereka untuk memilih kerjaya yang sesuai dan mereka minati. Semoga program ini dapat membuka minda dan memberi mereka semangat untuk mengejar cita-cita mereka pada masa akan datang.








No comments: