Tuesday, November 15, 2016

PROGRAM KEM IBADAH (AKTIVITI PENYEMBELIHAN)

Rabu, 9 Nov 2016- Panitia pendidikan Islam telah mengadakan program kem ibadat bertempat di Masjid Meranti, Puchong dan ianya merupakana anjuran bersama kariah masjid Meranti. Program ini telah melibatkan seramai 99 orang murid terdiri dari murid tahun 6 dan tahun 5 gemilang serta 13 orang guru. Aktiviti ini dimulai dengan sesi pendaftaran murid diikuti dengan senaman ringan yang dikendalikan oleh ustaz Adnan. Sejurus selepas itu, murid-murid telah diberikan santapan pagi dan kemudiannya aktiviti diteruskan dengan solat sunat berjemaah iaitu solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat dhuha. Setelah selesai solat berjemaah, murid-murid telah dibahagikan kepada kumpulan kecil sebanyak 10 kumpulan.Pengisian program diteruskan dengan ceramah penyembelihan mengikut syara' oleh En. Lissailin bin Burhanuddin yang merupakan pegawai pejabat agama daerah Sepang. 
        
           Antara initipati ceramah beliau berkenaan cara-cara penyembelihan yang betul dan menepati syara'. Aktiviti diteruskan lagi dengan amali penyembelihan ayam yang dimulai dengan tunjuk cara oleh beliau diikuti pula praktikal oleh wakil murid setiap kumpulan. Kesemua ahli kumpulan diberikan tugas untuk membersihkan ayam dengan mencabut bulu ayam. Pengalaman tersebut membuatkan kesemua murid berasa seronok dan teruja dengan aktviti tersebut. Setelah selesai aktiviti tersebut, murid telah dberikan jamuan makan tengahari dan solat zhuhur berjemaah. Aktiviti berakhir pada pukul 1.45 petang. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang...insyaALLAH..























No comments: