Wednesday, November 16, 2016

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH

Baru-baru ini Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Masjid Kampung Meranti telah melaksanakan satu program iaitu program Pengurusan Jenazah. Bermula jam 7.30 pagi semua murid tahun 6 dan beberapa orang guru yang terlibat berkumpul di Masjid Kg Meranti. Selesai sahaja urusan pendaftaran murid diberikan taklimat oleh Ustaz Mohd Helmi.

Murid kemudiannya berehat seketika untuk sarapan pagi. Selesai sahaja bersarapan semua murid masuk ke Bilik Kuliah untuk mendengar ceramah mengenai pengurusan mandi wajib bagi jenazah dan mengkafankan jenazah secara teori. 

Selesai sahaja penerangan secara teori, murid diberikan pengalaman cara memandikan jenazah dan mengkafankan jenazah secara praktikal. Dua orang murid telah dipilih sebagai model jenazah. Selesai sahaja mengkafankan jenazah, murid diberikan penerangan tentang tatacara solat jenazah bagi lelaki dan perempuan.

Pada jam 12.30 tengahari, murid berehat untuk makan tengahari. Pada jam 1.00 petang semua murid solat Zohor secara berjemaah. Program berakhir pada jam 1.30 petang.


LENSA KAMERA

Pendaftaran murid lelaki

Pendaftaran murid perempuan

Pendaftaran guru

Sarapan pagi

Murid beratur untuk bersarapan pagi

Ceramah di Bilik Kuliah

Teori dan praktikal kafan jenazah

Tatacara mengkafankan jenazah lelaki

Tatacara mandikan jenazah lelaki

Tatacara kafankan jenazah perempuan

Tatacara mandi jenazah perempuan

Praktikal solat jenazah

Pn Norhanim menyampaikan cenderahati kepada penceramah

Gambar kenangan peserta Pengurusan Jenazah 2016


Dilaporkan oleh : 

Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan.

No comments: