Thursday, November 10, 2016

Sambutan Hari Kanak-Kanak SKPM 2016

Sambutan Hari Kanak-Kanak ialah untuk menghargai dan meraikan murid-murid disamping memupuk semangat kerjasama & setiakawan dikalangan warga sekolah. Rasional sambutan Hari Kanak-kanak ialah bagi memupuk bakat dan kebolehan murid, mewujudkan hubungan erat antara murid-murid dan warga kerja sekolah dan memupuk kerjasama dan perpaduan antara warga sekolah.

TARIKH PERTANDINGAN :
10 NOVEMBER 2016 (KHAMIS)

PERJALANAN AKTIVITI
  • Sambutan kanak-kanak di mulakan dengan perhimpunan pagi tepat 7.30 pagi, dimulai dengan guru kelas mengambil kehadiran murid dan kemudian Puan Nurhafizah menerangkan perjalanan sambutan hari Kanak-Kanak dan bacaan doa disempurnakan Ustaz Adnan.
  • Setelah murid bersurai dari perhimpunan, guru kelas membawa murid ke stesen yang telah ditetapkan. 
  • 4 jenis sukaneka yang melibatkan murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 iaitu Galah Panjang, Dodgeball, Badminton dan Bola Tampar dijalankan mengikut stesen yang telah ditetapkan dan dapat ditamatkan pada waktu yang ditetapkan.
  • Pertandingan mewarna untuk Tahap 1 dijalankan pada jam 9.30 pagi.
  • Sementara pertandingan mewarna dijalankan, peserta yang akan menyertai pertandingan pakaian beragam  bersiap untuk persembahan.
  • Penyertaan untuk pertandingan pakaian beragam amat memberangsangkan di luar jangkaan. Terdapat 10 orang penyertaan dari pra-sekolah, 11 penyertaan dari Tahun 1, 10 penyertaan dari Tahun 2 dan 10 penyertaan dari Tahun 3.
  • Penyertaan untuk Pertandingan Karaoke Tahap 2 dijalankan sebaik sahaja pertandingan pakaian beragam selesai. Sebanyak 3 penyertaan dari Tahun 4, 3 penyertaan dari Tahun 5 dan 4 penyertaan dari Tahun 6. Pertandingan ini juga dapat dijalankan dan ditamatkan pada masa yang ditetapkan.
  • Penyampaian hadiah untuk Pertandingan Mewarna, Pakaian Beragam, Karaoke disampaikan oleh Datin Noraizah, Datin Nora dan Puan Safinar Azura. Acara kemuncak, iaitu penyampaian Anugerah Tokoh Kanak-kanak Tahap 1 dan Tahap 2 telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Azmin Bin Atan. Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang dijalankan dengan keadaan terkawal.

Majlis meriah tidak terkata,
Gembira sungguh murid bersukan,
Hari Kanak-kanak SKPM 2016 memori tercipta,
Gambar aktiviti sebagai penutup laporan.































No comments: