Saturday, January 21, 2017

KURSUS PEMANTAPAN KEPIMPINAN DAN KETERAMPILAN 2017

Kursus Pemantapan Kepimpinan Dan Keterampilan 2017 telah diadakan pada 21 Januari 2017 bersamaan hari Sabtu. Kursus bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Kursus ini adalah anjuran bersama unit Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah, Unit Disiplin Dan Pengawas Sekolah serta Pusat Sumber Sekolah. 
       Kursus Pemantapan Kepimpinan Dan Keterampilan 2017 dilaksanakan untuk melahirkan pemimpin yang mempunyai karisma kepimpinan serta mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid SK Pulau Meranti. Antara objektif kursus ialah;
  • Mengenalpasti nilai-nilai serta ciri-ciri seorang pemimpin yang baik.
  • Membentuk sahsiah dan keterampilan seorang pemimpin.
  • Memurnikan tugas harian.
  • Menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin murid di sekolah.
         Sasaran kursus ini adalah berfokus kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber serta ketua dan penolong kelas. Seramai 58 orang Pengawas Sekolah, 40 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah serta 16 orang Ketua dan Penolong Kelas. Jumlah keseluruhan murid yang mengikuti kursus ini ialah seramai 114 orang murid. Penceramah jemputan pada hari ini ialah Encik Saiful Anuar.
          Syabas dan tahniah kepada semua murid yang terlibat dalam menghadiri kursus ini. Semoga ilmu yang dicurahkan dapat diaplikasikan dalam tugas harian di sekolah dengan jayanya. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK Pelaksana yang telah meluangkan masa untuk menjayakan kursus ini.
Sesi Pendaftaran

Murid-murid fokus mendengar ceramah.


Penceramah jemputan (En. Saiful Anuar)
LDK

LDK

LDK

LDK





Terima kasih...





Post a Comment