Saturday, February 25, 2017

KURSUS KEPIMPINAN AJK TERTINGGI KELAB & PERSATUAN UNIT KOKURIKULUM


Pada Sabtu, 25 Februari 2017 Unit Ko Kurikulum telah berjaya melaksanakan Kursus Kepimpinan AJK Tertinggi Kelab & Persatuan Unit Kokurikulum.

TUJUAN PROGRAM
  • Untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pengetahuan kepada murid.
OBJEKTIF PROGRAM
  • Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul program jati diri.
  • Memupuk nilai-nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri.
  • Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan para pemimpin dapat membantu ke arah peningkatan akademik dan sahsiah.
  • Menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap murid apabila menghadapi tugas yang diamanahkan.
TENTATIF PROGRAM
  • 8.00 pg     Pendaftaran
  • 8.30pg      Senaman Pagi
  • 9.00pg      Minum Pagi
  • 9.30pg      Slot 1 - Ceramah Kepimpinan Pengerusi Dan Ahli Jawatankuasa. (Ustaz Kharul Azuar b Ab Razak merupakan penceramah jemputan. Beliau merupakan guru agama dari Sekolah Kebangsaan Puchong Utama. Beliau juga merupakan Jurulatih Utama Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia).
  • 11.30pg    Slot 2 - Aktiviti LDK (Penulisan laporan)
  • 12.00tghr  Bersurai


LENSA KAMERA


Pendaftaran peserta



Senamrobik
Guru Besar turut serta membantu AJK Makanan

Murid beratur mengambil makanan.


Adik Adham Aiman mengetuai bacaan doa makan.

Peserta kursus sedang menjamu selera
Penceramah sedang menikmati hidangan ditemani oleh
Besar dan PK Kokurikulum.








Tayangan slaid.

Penceramah sedang menyampaikan ceramah beliau.


Peserta kursus aktif mengambil bahagian.

PK Koku menyampaikan cenderahati kepada penceramah.


Penyampaian sijil penghargaan.
Latihan Dalam Kumpulan.









Post a Comment