Monday, February 20, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI MINGGU KE 8 (2017)

  • Tarikh     : 20 Februari 2017
  • Masa       : 7.30 hingga 8.00 pagi
  • Tempat   : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi:
  • En. Nordin bin Mat Hussin
  • Pn. Hayati binti Kamis
  • Pn. Suriatie binti Che Lah
  • Pn. Sarifah bt Saini

Aktiviti 
  •  Pengerus Majlis : En. Nordin bin Mat Hussin
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah 
  • Dikendalikan oleh : Ulfah Umairah bt Azizi (6G)
  • Bacaan Doa : Adam Harith bin Azwan Hazle (6G)
  • Ikrar Rukun Negara : En. Nordin bin Mat Hussin
  • Ikrar Murid : Adham Aiman bin Yusnizan (6G)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Muhammad Aniq bin Amin (6G)
Bacaan Ikrar Rukun Negara: En. Nordin

Pengawas Bertugas

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:

  1. Laporan disampaikan oleh YM Raja Izurinawati bt Raja Shukri Amrun.
  2. Murid-murid Tahap 2 tidak dibenarkan bermain, berkeliaran dan membuat bising di hadapan kelas Tahun 1 semasa waktu rehat kerana tindakan tersebut akan mengganggu PdPc murid-murid Tahun 1 di kelas.
  3. Murid-murid Tahun 1 tidak dibenarkan membeli pembaris panjang untuk tujuan bermain. Pembaris adalah salah satu alat tulis bukan permainan.
  4. Kehadiran murid ke sekolah pada awal pagi masih tidak memberangsangkan. Semakin hari semakin ramai murid yang datang lewat. Murid perlu berubah dan bangun lebih awal pada waktu pagi.
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: YM Raja Izurinawati

Ucapan Guru Bertugas:

  1. Ucapan disampaikan oleh En. Nordin bin Mat Hussin.
  2. Tema pada minggu ini ialah "Sikap Bekerjasama".
  3. Kerjasama membawa maksud bekerja bersama-sama dan saling membantu dalam semua perkara.
  4. Semua kerja dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah sekiranya murid-murid bekerjasama.
  5. Contoh: Murid-murid bekerjasama menjaga kebersihan kelas dan sekolah, tidak perlu terlalu bergantung kepada pekerja pembersihan.
  6. Selain itu, murid-murid perlu memberi kerjasama semasa belajar di kelas dalam menjaga disiplin supaya tidak mengganggu rakan-rakan yang lain.
Ucapan Guru Bertugas: En. Nordin

Promosi Buku Baharu di Pusat Sumber:

  1. Disampaikan oleh Nur Idzni Faqihah dan Nur Adriana.
  2. Buku-buku yang dipromosikan tersebut memberi banyak maklumat dan pengetahuan am serta sesuai untuk Tahap 1 dan Tahap 2.
  3. Siri buku tersebut mempunyai 6 buah buku yang mengandungi pelbagai tajuk seperti "Berapa, Apa?", "Sejarah", "Pengetahuan Am", "Tubuh Badan", "Haiwan" dan "Alam Semulajadi".
Pengawas Pusat Sumber mempromosi buku baharu di Pusat Sumber

Disiplin Murid: Baik dan terkawal


No comments: