Friday, March 31, 2017

PROGRAM MOTIVASI TEKNIK BELAJAR " TERBANGLAH JAUH"

Pada 31 Mac 2017, Jumaat - Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPM telah menganjurkan Program Motivasi Teknik Belajar yang bertajuk " TERBANGLAH JAUH" untuk murid tahun 5 dan 6.

En. Mohamad Samri Bin Othman atau lebih dikenali sebagai "Brother Sham" telah dijemput untuk memberikan ceramah motivasi teknik belajar. Beliau merupakan Konsultan Kanan ASA Explore Resources, Pengarah Urusan ASAVILLE Wears dan Penaung Kelab Fasilitator FASSTrain.Beliau menyedarkan murid kepentingan berfikiran positif dan teknik mengaktifkan otak kiri dan otak kanan.

Tujuan program ini dianjurkan adalah semata-mata untuk mencetuskan kesedaran di kalangan murid tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai murid untuk belajar serta bertekad untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan dan UPSR.

Objektif Program adalah :-

  • Membimbing dan menyedarkan murid tentang tanggungjawab mereka sebagai murid dalam menimba ilmu pengetahuan
  • mewujudkan murid yang mempunyai azam untuk lulus dengan cemerlang.
  • Memberi semangat dan kekuatan mantaliti dan emosi.















Wednesday, March 29, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI MINGGU 12

Tarikh: 27 Mac 2017
Masa: 7.30 - 8.00 pagi
Temoat: Dataran Perhimpunan SKPM

Guru Bertugas:
1. Pn. Norhanim bt Ismaol
2. Pn. Siti Juitah bt. Ibrahim
3. Pn. Marlina bt. Mat Zin
4. Pn. Norhalida bt. Ishak

Aktiviti:

Majlis dipengerusikan oleh Puan Siti Juitah bt. Ibrahim

Bacaan doa oleh Adik Muhammad Rusyaidi
Pimpinan Nyanyian lagu oleh Adik Ulfah Umairah
Pimpinan bacaan ikrar murid oleh adik Adham Aiman
Laporan guru bertugas minggu lalu Pn. Noni bt. Said menegur murid agar bergegas berkumpul di dataran selepas waktu rehat dan menjaga tatatertib di dalam kelas. 
Pn. Salinda bt. Kadri mempromosikan Karnival Buku Kebangsaan dan Karnival Buku Selangor 2017 
Pengawas Pusat Sumber, Adik Minhaj Qushairi dan Adik Mirza sedang mempromosikan buku terbaru yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah.

Guru Besar, Pn. Siti Habsah bt Ahmad menyampaikan kek hari lahir kepada murid

Murid yang dirai.. Selamat Hari Lahir...
Ucapan wakil pentadbir, Datin Nora bt. Yusof mengingatkan murid tentang pembelian baju sukan 2017








Thursday, March 16, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PETANG MINGGU 11

TARIKH :   13 Mac 2017 (Isnin)
MASA :      3.40 - 4.10 Petang
TEMPAT :   Dataran Ilmu

GURU BERTUGAS SESI PETANG
  1. Encik Mohd Zulhusni Bin Suhaimi
  2. Puan Yusnur Aida Binti Yusof
  3. Puan Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan
  4. Puan Nordiana Binti Amiruddin
  5. Puan Noor Rashedah Binti Mustaffa

Guru Bertugas sesi petang.
AKTIVITI
  • Pengerusi Majlis : Encik Mohd Zulhusni Bin Suhaimi
  • Bacaan Doa : Adik Naqib Zakuan Bin Mohd Halimi (3 Gemilang)

UCAPAN GURU BERTUGAS
  •  Disampaikan oleh Encik Mohd Zulhusni.
  • Murid-murid diingatkan sekali lagi pada minggu ini Ujian Formatif 1 akan berlangsung sehingga hari Khamis.
  • Murid-murid diingatkan supaya membawa buku seperti biasa untuk aktiviti pdpc selepas waktu peperiksaan tamat.
  • Murid-murid diingatkan supaya membawa bekalan air masak kerana cuaca sangat panas.
  • Murid-murid juga diingatkan supaya menulis nama pada barangan peribadi untuk mengelakkan pertukaran barangan seperti kasut, buku dan sebagainya.
  • Aktiviti Kokurikulum pada minggu ini ditangguhkan kerana memberi laluan kepada Ujian Formatif 1.
  • Perhimpunan ditangguhkan kerana Ujian Formatif 1.
Pengerusi Majlis.

Murid-murid mendengar pesanan daripada Encik Mohd Zulhusni.

PELANCARAN PROGRAM NILAM SESI PETANG



Hari : Isnin
Tempat : Dataran Ilmu



NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian membaca yang berterusan sepanjang tahun dan markah yang dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat sekolah.

OBJEKTIF PROGRAM NILAM

  • Menjadikan murid minat membaca di waktu lapang.
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca


Pengerusi Majlis (En. Mohd Riza Feelaqiz), Penyelaras Program Nilam Sesi Petang (Pn. Norazmah)


Pn. Salinda memberi ucapannya.

Perasmian oleh Pn. Nor Hasimah Binti Samarin (Penolong Kanan Petang)
Gimik perasmian kerjasama dengan BLINK.

Pn. Nor Hasimah menandatangani buku perasmian.

Tambah kapsyen




Monday, March 13, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI MINGGU KE 11

Tarikh   : 13 Mac 2017
Masa    : 7.30 pagi - 8.10 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi

  1. En. Ibrahim
  2. En. Amir
  3. Pn. Wan Sarinah
  4. Pn. Noni
  5. Pn.Sugunah

Aktiviti 
  •  Pengerus Majlis : En. Ibrahim
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah 
  • Dikendalikan oleh : Ulfah Umairah bt Azizi (6G)
  • Bacaan Doa : En. Ibrahim
  • Ikrar Rukun Negara : En. Ibrahim
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : En. Ibrahim
  • Ikrar Murid : 
 

Guru bertugas menyambut kehadiran murid dengan mesra di depan pintu masuk

 


 

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
  1. Kehadiran murid tidak memuaskan. Masih ada murid yang sering datang lambat kesekolah. Murid diminta mendisplinkan diri dengan hadir awal ke sekolah.

  1. Murid tahp 2 bermain di bangunan bawah ketika rehat. Murid diminta jangan berada atau bermain di tempat terlindung demi menjaga keselamatan.

Ucapan Guru Bertugas


  • Ucapan disampaikan oleh En. Ibrahim.
  • Tema pada minggu ini ialah "Akhlak baik".
  • Akhlak baik bermaksud sikap atau amalan baik.
  • Sesuatu yang kita tidak suka orang lain lakukan pada kita,dan kita pun jangan melakukannya pada yang lain.




  • Pelancaran Hari Nilam dan Minggu PSS SKPM 2017

    Robot dikendalikan oleh adik Attab


    Penyerahan Buku Tandatangan kepada Puan Siti Habsah Bt. Ahmad ( Guru Besar SKPM) sebagai Simbolik Pelancaran.

    Kuiz Wakil BLINK Bersama Murid SKPM

    Penyampaian Cenderahati daripada Wakil BLINK Kepada Pn. Siti Habsah Bt. Ahmad (Guru Besar SKPM)
    Penyampaian Cenderahati Dari Pihak SKPM kepada Wakil BLINK

    Perhimpunan diakhiri dengan Nyanyian Lagu Malaysia Berjaya.

    BENGKEL STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMg2)

    Pada 11 Mac 2017, Sabtu - Unit Perkembangan Staff telah menganjurkan Bengkel Pengisian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2).Taklimat telah disampaikan oleh En. Aris bin Sabri Pegawai SISC+ Bahasa Melayu, PPD Sepang.

    Beliau menerangkan mengenai SKPMg2. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah memasuki gelombang 2 pelaksanaannya pada tahun 2016. Tumpuan pelaksanaan dalam gelombang 2 adalah untuk memperkenalkan perubahan struktur dan pada masa yang sama memacu peningkatan yang telah berlaku semasa gelombang 1.

    Kementerian telah menyemak semula instrumen penilaian kendiri Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) supaya membolehkan penilaian sekolah menjadi lebih holistik.
    En. Aris juga menerangkan cara pengisian instrumen penilaian kendiri.







    Pn. Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada En. Aris