Tuesday, March 7, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 10

Tarikh  : 06 Mac 2017
Masa    : 3.40 petang - 4.10 petang
Tempat : Dataran Ilmu

Guru Bertugas :
    1. Pn. Nurhafizah binti Udin
             2. Pn. Norazmah binti Che Omar 
3. Pn. Nasibah binti Sairi
        4. En. Riza Felaqiz bin Shauri




Aktiviti :
  • Pengerusi Majlis : Pn. Nurhafizah binti Udin
  • Nyanyian  tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
  • Bacaan Doa oleh Arief Luqman bin Ahmad Rithauddeen.
  • Bacaan Rukun Negara oleh Pn. Nasibah binti Sairi
  • Bacaan Ikrar Murid oleh : Nur Alisha Irdina
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh : Nur Zuhaira binti Mohd Zahran.
  • Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Inggeris.








Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :
  • Laporan disampaikan oleh Puan Rose Halina binti Jedin.
  • Mengingatkan murid agar dapat menggunakan tandas dengan berhemah. Tidak membazir air, menjaga kebersihan tandas dan menjaga harta benda tandas dengan baik. Ini berikutan terdapat kepala paip air yang tercabut ditandas murid perempuan.

Ucapan Guru Bertugas:
  • Disampaikan oleh Puan Nurhafizah binti Udin. 
  • Tema: Mengisi Masa Lapang.
  • Murid diingatkan supaya dapat mengisi masa lapang dengan membaca buku dan merekodkan dalam buku NILAM.
  • Memandangkan minggu hadapan adalahh minggu Ujian Formati 1 mata pelajaran Teras, murid diingatkan juga mengisi masa lapang dengan mengulangkaji pelajaran. 

Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Inggeris
  • Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Pn. Nurhafizah binti Udin. 
  • Majlis Perasmian disempurnakan oleh Pn. Nasibah selaku setiausaha Pen. Kanan Petang.
  • Persembahan nyanyian oleh murid tahun 3 Gemilang.
  • Pn. Nurhafizah menerangkan mengenai perjalanan aktiviti pada Bulan Panitia Bahasa Inggeris.












Hal-Hal Lain:

  • Ucapan dari Pn. Norazmah mengingatkan mengenai Ujian Formatif 1 pada minggu hadapan.
  • Ucapan Pn. Nasibah berkenaan disiplin murid dikantin, tanggungjawab murid RMT dan larangan meminjam dan meminta duit kawan.

Perhimpunan ditangguhkan dengan bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dibacakan oleh Nur Zuhaira binti Mohd Zahran.



Laporan disediakan oleh :

Pn. Nasibah binti Sairi.


No comments: