Thursday, March 16, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PETANG MINGGU 11

TARIKH :   13 Mac 2017 (Isnin)
MASA :      3.40 - 4.10 Petang
TEMPAT :   Dataran Ilmu

GURU BERTUGAS SESI PETANG
  1. Encik Mohd Zulhusni Bin Suhaimi
  2. Puan Yusnur Aida Binti Yusof
  3. Puan Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan
  4. Puan Nordiana Binti Amiruddin
  5. Puan Noor Rashedah Binti Mustaffa

Guru Bertugas sesi petang.
AKTIVITI
  • Pengerusi Majlis : Encik Mohd Zulhusni Bin Suhaimi
  • Bacaan Doa : Adik Naqib Zakuan Bin Mohd Halimi (3 Gemilang)

UCAPAN GURU BERTUGAS
  •  Disampaikan oleh Encik Mohd Zulhusni.
  • Murid-murid diingatkan sekali lagi pada minggu ini Ujian Formatif 1 akan berlangsung sehingga hari Khamis.
  • Murid-murid diingatkan supaya membawa buku seperti biasa untuk aktiviti pdpc selepas waktu peperiksaan tamat.
  • Murid-murid diingatkan supaya membawa bekalan air masak kerana cuaca sangat panas.
  • Murid-murid juga diingatkan supaya menulis nama pada barangan peribadi untuk mengelakkan pertukaran barangan seperti kasut, buku dan sebagainya.
  • Aktiviti Kokurikulum pada minggu ini ditangguhkan kerana memberi laluan kepada Ujian Formatif 1.
  • Perhimpunan ditangguhkan kerana Ujian Formatif 1.
Pengerusi Majlis.

Murid-murid mendengar pesanan daripada Encik Mohd Zulhusni.

PELANCARAN PROGRAM NILAM SESI PETANG



Hari : Isnin
Tempat : Dataran Ilmu



NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian membaca yang berterusan sepanjang tahun dan markah yang dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat sekolah.

OBJEKTIF PROGRAM NILAM

  • Menjadikan murid minat membaca di waktu lapang.
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca


Pengerusi Majlis (En. Mohd Riza Feelaqiz), Penyelaras Program Nilam Sesi Petang (Pn. Norazmah)


Pn. Salinda memberi ucapannya.

Perasmian oleh Pn. Nor Hasimah Binti Samarin (Penolong Kanan Petang)
Gimik perasmian kerjasama dengan BLINK.

Pn. Nor Hasimah menandatangani buku perasmian.

Tambah kapsyen




No comments: