Sunday, March 5, 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42

SABTU 4 MAC 2017, telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SKPM kali ke-42 





Ibu bapa / penjaga, guru dan AJK PIBG mula mendaftar seawal jam 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, manakala bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Adnan bin Mustafa. 



Sesi Pendaftaran
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar, Pn. Siti Habsah bt Ahmad. Dalam ucapan tersebut, beliau memaklumkan Mesyuarat Agung PIBG perlu dijalankan sebelum 31 Mac setiap tahun. Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir, yang mana kehadiran ini menunjukkan komitmen ibu bapa terhadap prestasi dan kemajuan anak-anak. Selain itu, beliau juga mengharapkan kerjasama yang padu daripada PIBG dan ibu bapa dalam membantu memperbaiki prasarana sekolah dan akademik anak-anak.


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan YDP PIBG sesi 2015/2016, Datuk Hj Mohd Mahzan bin Tamyiz. Beliau menjelaskan PIBG telah memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit, tenaga dan idea. PIBG mengalu-alukan kepakaran ibu bapa dalam membantu anak-anak di sekolah dalam bidang akademik dan lain-lain. Beliau juga berharap nilai-nilai 3A (Al-Quran, Akhlak dan Akademik) yang diajar di sekolah dapat diterapkan di rumah. 


Seterusnya ucapan perasmian disampaikan oleh Datuk Hasnan bin Abdullah selaku Pengarah Urusan Pikkosen Holding (M) Sdn Bhd. Beliau berharap PIBG dapat berganding bahu bersama pihak sekolah dan bersikap proaktif dalam meningkatkan akademik murid-murid SKPM kerana untuk mendapat status Sekolah Berprestasi Tinggi, sekolah perlu melonjakkan pencapaian akademik 3 tahun berturut-turut. Beliau juga turut memberi sumbangan sebanyak RM5000 kepada PIBG bagi tahun 2017. Terima kasih diucapkan kepada Datuk Hasnan bin Abdullah.


Acara perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Hasnan bin Abdullah dengan gimik mengecat papan putih dan menyerlahkan perkataan “MUAFAKAT PIBG, SKPM GEMILANG #PIBGSKPM”. 





Acara penyampaian sijil dan cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2015/2016 juga disempurnakan oleh Datuk Hasnan bin Abdullah.







Pada jam 10.00 pagi, mesyuarat agung PIBG dimulakan setelah majlis berhenti rehat selama setengah jam. Berikut adalah agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-42:
  1. Ucapan YPD PIBG
  2. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 oleh Setiausaha, En. Mohd Helmi bin Jumri.
  3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2015/2016.
  4. Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2016 oleh En. Yusnizan bin Ahmad Marzuki.
  5. Pembubaran AJK Ibubapa PIBG 2015/2016.
  6. Melantik Pengerusi sementara (Sebulat suara telah melantik Guru Besar).
  7. Memilih AJK PIBG sesi 2017/2018.
  8. Membahaskan usul-usul bertulis.


Setelah pemilihan YPD PIBG sesi 2017/2018 dilakukan, mesyuarat telah diambil alih oleh YDP baharu iaitu Datuk Hasnan bin Abdullah.

Berikut merupakan senarai AJK PIBG sesi 2017/2018:

YDP
Datuk Hasnan bin Abdullah
NYDP
En. Helmi bin Isa
Setiausaha Kehormat
En. Mohd Helmi bin Jumri
Bendahari Kehormat
En. Yusnizan bin Ahmad Marzuki
Juru Audit (1)
En. Mohd Salleh bin Othman
Juru Audit (2)
Pn. Marlina bt Mat Zin
AJK Ibu Bapa
Pn. Emilza bt Fuad
En. Azizi bin Miswan
En. Zaimi bin Abd Karim
En. Idrus bin Shahlan
Pn. Nurazira bt Ishak
En. Zainal bin Ahmad Arif
AJK Guru
Pn. Sugunah a/p Ramamoorthy
En. Adnan bin Mustafa
Pn. Wan Sarinah bt Wan Ibrahim
Pn. Norjaya bt Sumaleh
Pn. Siti Juitah bt Ibrahim

Tahniah diucapkan kepada semua AJK PIBG sesi 2017/2018 atas lantikan tersebut.



Sebanyak 8 usul dan cadangan daripada pihak ibubapa dan 5 usul daripada pihak sekolah diterima dan dibawa  ke mesyuarat ini. Terdapat beberapa usul yang tidak dibahaskan kerana pencadang tidak hadir. Suasana ketika mesyuarat tenang tanpa ada isu-isu yang 'panas'. 







Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi kemudiannya disudahi dengan acara cabuatan bertuah dan sesi bergambar barisan kepimpinan PIBG sesi 2017/2018.


Pemenang Cabutan Bertuah

 




No comments: