Thursday, March 9, 2017

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 - 2018 DAN 2019


1. Pendaftaran dan permohonan secara atas talian (online) kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia ambilan tahun 2018 dan 2019 kini dibuka mulai 1 Mac 2017. 

2. Permohonan dan pendaftaran murid ke Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019 boleh dibuat menerusi sistem aplikasi Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 
                              
     sila layari :
https://public.moe.gov.my/

3. Tahun Kelahiran bagi  


Sesi Persekolahan Kemasukan Tahun 2018 ialah  
Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2011 hingga 1.1.2012. 
Kemasukan Tahun 2019 pula ialah  
Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2012 hingga 1.1.2013 

Bagi yang telah membuat pendaftaran dan menghantar borang permohonan ke sekolah sila semak semula dan kemaskini maklumat yang diminta kerana ada penambahan maklumat yang diperlukan.

4.Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara atas talian dengan mengisi butiran diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017 untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen.

5. Sila bawa bersama dokumen berkaitan seperti berikut ; 
        1. Sijil lahir anak berkenaan (asal dan 1 satu salinan) 
        2. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (asal dan 1 salinan bagi kedua-dua ibu bapa) 
        3. Surat nikah / surat cerai (asal dan 1 salinan) 
        4. (Bukti alamat tinggal) salinan bil elektrik / bil air / cukai pintu / perjanjian jual beli 
        5.  Sampul surat bersaiz 6" x 9" dan setem berharga RM1.00 
        6. Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)

No comments: