Friday, March 31, 2017

PROGRAM MOTIVASI TEKNIK BELAJAR " TERBANGLAH JAUH"

Pada 31 Mac 2017, Jumaat - Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPM telah menganjurkan Program Motivasi Teknik Belajar yang bertajuk " TERBANGLAH JAUH" untuk murid tahun 5 dan 6.

En. Mohamad Samri Bin Othman atau lebih dikenali sebagai "Brother Sham" telah dijemput untuk memberikan ceramah motivasi teknik belajar. Beliau merupakan Konsultan Kanan ASA Explore Resources, Pengarah Urusan ASAVILLE Wears dan Penaung Kelab Fasilitator FASSTrain.Beliau menyedarkan murid kepentingan berfikiran positif dan teknik mengaktifkan otak kiri dan otak kanan.

Tujuan program ini dianjurkan adalah semata-mata untuk mencetuskan kesedaran di kalangan murid tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai murid untuk belajar serta bertekad untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan dan UPSR.

Objektif Program adalah :-

  • Membimbing dan menyedarkan murid tentang tanggungjawab mereka sebagai murid dalam menimba ilmu pengetahuan
  • mewujudkan murid yang mempunyai azam untuk lulus dengan cemerlang.
  • Memberi semangat dan kekuatan mantaliti dan emosi.















No comments: