Monday, April 24, 2017

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE- 51



Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti kali ke-51 yang berlangsung pada 23 April 2017 yang lepas cukup meriah dengan kehadiran ibu bapa dan masyarakat setempat. Sukan pada kali ini memperlihatkan semangat gotong-royong yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli PIBG dan penduduk setempat yang sanggup hadir ke sekolah demi memastikan perjalanan sukan berjalan dengan lancar. Pihak sekolah juga menerima banyak sumbangan daripada individu-individu yang bermurah hati untuk melihat temasya ini disambut dengan meriah.

Perasmian temasya kali ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Shahrum Bin Dato Mohd Shariff. Dalam ucapan beliau YB Shahrum berseteju menyumbang sebanyak RM 5000.00 iaitu rm3000.00 untuk tabung PIBG dan RM2000.00 untuk pembinaan laluan jalan kaki prasekolah. 

Selain itu, acara cabutan bertuah dan gerai-gerai jualan turut diadakan. Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada pemenang yang bertuah. Sambutan daripada tetamu yang hadir amat menggalakkan sekali. Mereka teruja melihat hadiah yang bakal diterima. Kejohanan pada kali juga turut dihadiri oleh Yang DiPertua PIBG.

Acara lintas hormat oleh pembawa bendera kejohanan  membuka tirai kejohanan sukan sekolah dan disusuli dengan perarakan empat rumah sukan iaitu Hijau, Biru, Merah dan Kuning. Sejurus tamatnya perarakan rumah-rumah sukan, acara sukaneka, acara lari 80 meter dan 100 meter diadakan. Pelbagai aksi dan gelagat dapat disaksikan semasa acara tersebut berlangsung. Kejohanan pada kali ini turut dimeriahkan dengan acara ibu dan bapa serta acara belia . Kesungguhan serta semangat yang ditunjukkan jelas menunjukkan hubungan pihak sekolah dan masyarakat setempat begitu akrab dan ini yang kita mahukan. Pada kejohanan ini juga, dua orang peserta dipilih oleh barisan panel juri untuk memenangi anugerah Olahragawan dan Olahragawati. Bagi kategori olahragawan dimenangi oleh adik Izzat Irsyaduddin Bin Arshad dan olahragawati dimenangi oleh adik Azwin Salsabila Bt Nazeri

Rumah Merah merupakan Juara Pembarisan. Kejohanan sukan kali ke- 51  ini Rumah Hijau dinobatkan sebagai juara keseluruhan temasya sukan sekolah pada tahun ini. Manakala tempat kedua Rumah Merah, ketiga Rumah Biru dan keempat  Rumah Kuning.












  






































No comments: