Thursday, April 6, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 13 SESI PETANG

Tarikh: 3 April 2017
Hari:  ISNIN
Masa: 3.40 petang

Guru bertugas:
1. Pn. Nasibah binti Sairi
2. Pn. Norazmah binti Che Omar
3. Pn. Nurhafizah binti Udin


AKTIVITI-AKTIVITI

1. NYANYIAN 3 BUAH LAGU

  • NEGARAKU
  • NEGERI SELANGOR
  • SEKOLAH

2. BACAAN DOA
  • Pengawas tahun 3 Gemilang : Arif Luqman

3. BACAAN IKRAR
  • Ikrar Rukun Negara : Pn. Norazmah binti Che Omar
  • Ikrar Murid              : Alisya Irdina

4. UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (MINGGU KE 3)
  • Disampaikan Oleh : Ustaz Adnan 
  • Murid diingatkan supaya berhati - hati semasa berjalan untuk mengelakkan kemalangan.
  • Murid - murid dilarang sama sekali berlari - lari di kawasan sekolah memandangkan insiden yang telah berlaku pada minggu lepas amat membimbangkan dimana seorang murid tahun 3 telah terjatuh semasa berlari -lari dan berdarah kepalanya.
  • Murid - murid akan dikenakan tindakan sekiranya tidak mematuhi peraturan selepas ini.

5. UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN


  • Disampaikan oleh : Pn. Norazmah binti Che Omar
  • Tema minggu ini "Amanah".
  • Semua murid diingatkan tentang tanggungjawab mereka sebagai murid. 
  • Murid perlu belajar bersungguh - sungguh semasa guru mengajar. Mereka perlu fokus semasa guru mengajar dan bukan bermain - main.
  • Murid perlu bertanggungjawab menyiapkan kerja rumah mereka serta membantu kawan -kawan mereka yang lemah. 

6. PELANCARAN BULAN PANITIA MATEMATIK & SAINS
  • Disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Petang: Pn. Nor Hasimah binti Samarin. 

7. UCAPAN PENUTUP
  • Disampaikan oleh : Pn. Nor Hasimah binti Samarin. 
  • Beliau mengingatkan semula murid - murid tentang keselamatan diri mereka.
  • Murid diingatkan semula dan dilarang keras daripada berlari - lari semasa berada di kawasan sekolah.
  • Semua murid dibenarkan masuk ke kelas masing-masing dengan keadaan beratur senyap.















No comments: