Monday, April 10, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 14 (SESI PETANG)

Tarikh: 10 April 2017
Masa: 3.40-4.10 petang
Tempat: Dataran Berbumbung

Guru Bertugas Sesi Petang:

1. Pn Nor Diana binti Amiruddin
2. Pn Noor Rashedah binti Mustaffa
3. Pn Mahfuzah binti Ahmad Zakuan
4. Pn Yusnur Aida binti Yusoff
5. En Mohd Zulhusni bin Suhaimi

Aktiviti:
  • Pengerusi Majlis: En Mohd Zulhusni bin Suhaimi
  • Nyanyian: Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
  • Bacaan Doa: Adik Muhd Naqib Zakwan bin Mohd Halimi (3G)
  • Ikrar Rukun Negara: En Mohd Zulhusni bin Suhaimi
  • Ikrar Murid: Adik Aina Haziqah Putri binti Khairul Hamidy (3C)
Bacaan Doa

Ikrar Murid

Ikrar Rukun Negara

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: 
  • Disampaikan oleh Pn Nasibah binti Sairi
  • Beliau mengucapkan tahniah kepada semua murid kerana minggu lepas tiada sebarang kemalangan atau kecederaan berlaku di sekolah.
  • Beliau mengingatkan agar murid sentiasa menjaga disiplin.
  • Memandangkan cuaca kini agak panas, beliau mengingatkan agar murid banyakkan minum air masak untuk mengelakkan berlakunya dehidrasi.
Laporan guru bertugas minggu lepas

Ucapan Guru Bertugas Minggu ini:
  • Disampaikan oleh En Mohd Zulhusni bin Suhaimi
  • Tema minggu ini ialah "Budaya Membaca".
  • Beliau menasihati murid agar meluangkan masa lapang dengan membaca buku yang berfaedah.
  • Jadikan budaya membaca sebagai amalan seharian.
  • Dengan membaca murid akan memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan.
Ucapan guru bertugas mingguan

Pelancaran Minggu PPDa:
  • Dikendalikan oleh: Pn Yusnur Aida binti Yusoff
  • Puan Nor Hasimah binti Samarin, selaku PK Petang berbesar hati merasmikan Pelancaran Minggu PPDa.
  • Beliau mengingatkan agar murid tidak terjebak dengan dadah. 
  • Beliau juga menasihati murid agar bijak memilih kawan kerana kawan yang baik akan sentiasa membantu kita ke arah kebaikan.
  • Semua murid melaungkan "Kami Benci Dadah" secara beramai-ramai.
  • Sebelum mengakhiri ucapan, beliau mengingatkan agar murid sentiasa berdisiplin ketika menuju ke bilik-bilik khas.
  • Murid tidak dibenarkan berlari-lari untuk mengelakkan sebarang kemalangan atau kecederaan.
Pn Yusnur Aida mengendalikan Pelancaran
Minggu PPDa

Pn Hor Hasimah merasmikan Minggu PPDa

Ucapan PK Petang, Pn Nor Hasimah

Hal-hal Lain:
  • Penyampaian kek harijadi kepada murid yang lahir pada bulan Mac
  • Penyampaian bintang Pertandingan Keceriaan Kelas
  • Tempat Pertama: 3 Cemerlang
  • Tempat Kedua: 2 Cemerlang
Penyampaian Kek Harijadi

Tempat Pertama Pertandingan Keceriaan Kelas 

Tempat Kedua Pertandingan Keceriaan Kelas

No comments: