Monday, April 17, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 15 (SESI PAGI)

Tarikh: 17 April 2017
Masa: 7.30 - 8.00 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi:

- En. Daud bin Aris
- En. R.Gopi A/L Rangaya
- Pn. Nirawaty bt Mohd Nor
- Pn. Diana bt Mohd Yusoff

Aktiviti - Minggu Kokurikulum TKRS

- Pengerusi Majlis: Nur Alia Maisara.
- Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah: Dikendalikan oleh Syamira.
- Bacaan Doa: Afiq
- Ikrar Rukun Negara: En. R.Gopi A/L Rangaya
- Ikrar Murid: Syamira
- Ikrar Keselamatan Jalan Raya: Nurul Umairah








Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

- Disampaikan oleh Pn.Suriatie bt Che Lah
- Murid diingatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menunggu van sekolah.
- Tunggu van sekolah berhenti dulu baru boleh naik.
- Murid dingatkan jangan mengejar van tersebut kerana sangat bahaya untuk keselamatan diri.

Ucapan Tema Minggu Ini

- Disampaikan oleh Aina. Tema: Sayangi Keluarga.
- Anak-anak yang cemerlang lahir daripada keluarga yang bahagia.
- Kita semua harus menyayangi setiap ahli keluarga kita.



Persembahan TKRS

- Ahli TKRS membuat demonstrasi "Unggun Api"
- Bahan-bahan yang digunakan ialah sampah, kayu api, bateri, pembalut 'chewing gum'.
- Pembalut 'chewing gum' diletakkan di bahagian cas tve dan -ve bateri.
- Hasilnya pembalut tadi akan berasap dan menyala.



Ucapan Guru Besar

- Puan Guru Besar memberi peringatan kepada semua murid bahawa murid-murid mesti mengikut arahan guru pada setiap masa.
- Jika ada latihan sukan di padang, murid mesti memakai pakaian sukan yang lengkap.
- Bawa buku mengikut jadual seperti biasa.
- Tabung derma akan diedarkan kepada guru-guru dan murid-murid untuk memberi sumbangan kepada keluarga Nur Haliza 5C kerana baharu sahaja kehilangan ayahanda tercinta semalam.

Panitia Matematik.

- Disampaikan oleh En. Ibrahim Zainuddin.
- Teka sifir dengan murid-murid.

Disiplin Murid.

- Baik dan terkawal.

No comments: