Monday, April 10, 2017

PELANCARAN PROGRAM " THE CHAMPION 2017 "

Pada 10 April 2017, Isnin - Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melancarkan pelancaran program " The Champion 2017".
Program " The Champion" merupakan program yang dianjurkan olej Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) yang mesti dilaksanakan di semua sekolah dalam Negeri Selangor. Pelaksanaan program ini bermula pada bulan Februari hingga Ogos 2017.

Perlaksanaan program adalah

  • Murid champion di pilih berdasarkan keputusan Ujian 1.
  • Murid tersebut membentukkan kumpulan belajar masing-masing.( Study group )
  • Bahan untuk study group diberikan oleh guru subjek.
  • Pencapaian murid champion ini akan di pantau selalu.


Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan pencapaian UPSR Negeri Selangor.

Objektif program ini adalah:-

  • Mencapai target 14 orang murid 6A di UPSR.
  • Murid membantu ahli di dalam kumpulannya untuk berjaya.
  • Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi di dalam kumpulan.

  

  

  



No comments: