Tuesday, May 23, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Sesi Petang ( Minggu ke 20)

Tarikh: 22 Mei 2017
Masa: 3.40-4.00 petang
Tempat: Dataran Berbumbung

Guru Bertugas Sesi Petang:

1. Pn Noor Rashedah binti Mustaffa (Ketua)
2. Pn Yusnur Aida binti Yusoff
3. Pn Mahfuzah binti Ahmad Zakuan
4. Pn Nor Diana binti Amiruddin
5. En Mohd Zulhusni bin Suhaimi

Aktiviti:
  • Pengerusi Majlis: En Mohd Zulhusni bin Suhaimi
  • Nyanyian: Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
  • Bacaan Doa: Adik Muhd Naqib Zakwan bin Mohd Halimi (3G)
  • Ikrar Rukun Negara: En Mohd Zulhusni bin Suhaimi
  • Ikrar Murid: Adik Aina Haziqah Putri binti Khairul Hamidy (3C)

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: 
  • Tiada.

Ucapan Guru Bertugas Minggu ini:
  • Disampaikan oleh En Mohd Zulhusni bin Suha
  • Tema minggu ini ialah "Mengamalkan Nilai-nilai Murni".
  • Beliau menasihati murid agar semua murid mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Hal-hal Lain:
  • Penyampaian kek harijadi kepada murid yang lahir pada bulan Mei.
  • Perhimpunan berakhir jam 4.00 petang memandangkan murid akan menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun pada jam 4.15 petang.

LENSA KAMERA
Ucapan Guru Bertugas Cikgu Mohd Zulhusni

Bacaan Doa

Ikrar Rukun Negara
Ikrar Murid
Penyampaian Kek Harijadi oleh PK Petang

Penyampaian Kek Harijadi oleh PK Petang

  Bergambar bersama murid yang lahir Bulan Mei





Monday, May 22, 2017

BENGKEL KEPIMPINAN PDPC PEMBELAJARAN KOOPERATIF DAN KOLABORASI (PAK21)


Pada 20 Mei 2017, Sabtu - Unit Latihan Personel telah menganjurkan sebuah bengkel yang bertajuk Kepimpinan Pdpc Pembelajaran Kooperatif dan Kolaborasi ( PA 21 ) untuk guru-guru SKPM. PA 21 berasaskan kepada koncep 4C, paling penting dalam proses pembelajaran adalah mesti berpusatkan murid.
4C terdiri daripada :-

  • Creativity
  • Critical Thinking
  • Collaboratioan
  • Communication

Objektif bengkel ini adalah :-

  • Semua guru dapat menguasai setiap strategi PA 21
  • Membantu guru di sekolah dalam pelaksanaan PA 21 di dalam bilik darjah mulai tahun 2017























LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-20 (SESI PAGI)

Tarikh     : 22 Mei 2017
Masa      : 7.30 hingga 8.00 pagi
Tempat   : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi:

  1. En. Nordin bin Mat Hussin
  2. Pn. Hayati binti Kamis
  3. Pn. Suriatie binti Che Lah
  4. Pn. Sarifah bt Saini

Aktiviti 

  • Pengerus Majlis : En. Nordin bin Mat Hussin
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah, dikendalikan oleh : Ulfah Umairah bt Azizi (6G)
  • Bacaan Doa : Muhammad Afiq Danish bin Hasniruddin (5G)
  • Ikrar Rukun Negara : En. Nordin bin Mat Hussin
  • Ikrar Murid : Farah Adiba bt Azian (6G)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Nur Syamira bt Suhaini (4G)

Pengawas Bertugas

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
  • Laporan disampaikan oleh En. Yusnizan bin Ahmad Marzuki
  • Murid diingatkan supaya tidak membawa sebarang permainan ke sekolah, sekiranya guru atau pengawas ternampak murid membawa mainan, mainan tersebut akan dirampas.
  • Murid juga perlu berhati-hati sekiranya monyet memasuki kawasan sekolah dan tidak dibenarkan memberi makanan kepada monyet kerana situasi tersebut akan membahayakan diri sendiri dan orang lain. 

 Ucapan Guru Bertugas:

  • Ucapan disampaikan oleh En. Nordin bin Mat Hussin
  • Guru menegaskan tentang adab semasa peperiksaan. Semua murid perlu membuat ulangkaji sebelum peperiksaan dan tidak bermain-main semasa waktu senggang antara peperiksaan.
  • Murid perlu pandai menggunakan masa terluang untuk mengulangkaji.
  • Sekiranya, murid siap awal semasa menjawab soalan peperiksaan, murid tidak dibenarkan mengganggu rakan yang lain dan membuat bising.


Penyampaian Kek Hari Lahir Kepada Murid (Bulan Mei)

  • Penyampaian kek telah disempurnakan oleh Pn. Guru Besar, Pn Siti Habsah bt Ahmad.
  • Semua murid dan guru menyanyikan lagu "Allah Selamatkan Kamu".



Disiplin Murid: Baik dan Terkawal



Saturday, May 20, 2017

Pelancaran Kempen Amalan Pemakanan Sihat Sesi Petang 2017


Tarikh: 8-12 Mei 2017

Program: Amalan Pemakanan Sihat

Anjuran : Unit Kantin dan Panatia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Sasaran: Semua guru dan semua murid SKPM

Pengisian Program:


1. Isnin, 8 Mei 2017
-Majlis pelancaran dan dirasmikan oleh Pn Norhashimah (PK Petang)
-Kuiz Sihat Minda


 




2. Selasa, 9 Mei 2017
-1 murid 1 buah







3. Khamis, 11 Mei 2017
-Pertandingan makan salad












-Senamrobik





4. Jumaat, 12 Mei 2017

-Program pinggan sihat tidak dapat dijalankan kerana kekangan masa dengan aktiviti lain. Walau bagaimana pun, guru memberi penerangan kepada tentang amalan pinggan sihat.