Monday, May 8, 2017

KEM BESTARI SOLAT FASA PERTAMA

Pada hari Sabtu yang lalu, bertarikh 6 Mei 2017, Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah menganjurkan Kem Bestari Solat Fasa Pertama untuk sesi 2017. Alhamdulillah kem kali ini berjalan dengan jayanya. Peserta kem terdiri daripada semua murid Tahap 1.

Kem bermula pada jam 7.30pagi. Semua peserta berkumpul di Dataran Perhimpunan. Acara dimulai dengan senamrobik dipimpin oleh Ustazah Nasibah dan Ustazah Roshida. Pada jam 7.45 pagi, semua peserta mendengar taklimat kem yang disampaikan oleh Ustazah Nor Diana. Pada jam 8.00 pagi semua peserta diiringi fasilitator masing-masing menuju ke kelas untuk sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK). 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang KBS kali ini ialah:
1) Teori dan Praktikal Wudu'
2) Bacaan Lafaz dan Niat Nudu'
3) Bacaan Doa Selepas Wudu'
4) Teori dan Praktikal Solat Fardhu
5) Lafaz dan Niat Solat Fardhu
6) Hafazan Doa Iftitah, Tahiyyat dan Doa Qunut
7) Hafazan Surah-Surah Terpilih

Kem Bestari Solat kali ini, berakhir pada jam 12.00 tengahari. Kepada semua fasilitator diucapkan Jazaakumullah Khairan Kathira di atas sumbangan ilmu yang telah dicurahkan. Sekian, terima kasih.

GAMBAR KENANGAN

Taklimat KBS Fasa Pertama oleh Ustazah Nor Diana

Senamrobik  sambil berzikir

Senamrobik

Senamrobik dipimpin oleh Ustzh Nasibah & Ustz Roshida

Aktiviti LDK di dalam kelas

Praktikal Wudu'

Praktikal Wudu'

Praktikal Wudu'

Perbincangan di dalam kumpulan

Sesi talaqqi hafazan bersama rakan

Penilaian bacaan dan hafazan murid


Post a Comment