Monday, May 22, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-20 (SESI PAGI)

Tarikh     : 22 Mei 2017
Masa      : 7.30 hingga 8.00 pagi
Tempat   : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi:

  1. En. Nordin bin Mat Hussin
  2. Pn. Hayati binti Kamis
  3. Pn. Suriatie binti Che Lah
  4. Pn. Sarifah bt Saini

Aktiviti 

  • Pengerus Majlis : En. Nordin bin Mat Hussin
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah, dikendalikan oleh : Ulfah Umairah bt Azizi (6G)
  • Bacaan Doa : Muhammad Afiq Danish bin Hasniruddin (5G)
  • Ikrar Rukun Negara : En. Nordin bin Mat Hussin
  • Ikrar Murid : Farah Adiba bt Azian (6G)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Nur Syamira bt Suhaini (4G)

Pengawas Bertugas

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
  • Laporan disampaikan oleh En. Yusnizan bin Ahmad Marzuki
  • Murid diingatkan supaya tidak membawa sebarang permainan ke sekolah, sekiranya guru atau pengawas ternampak murid membawa mainan, mainan tersebut akan dirampas.
  • Murid juga perlu berhati-hati sekiranya monyet memasuki kawasan sekolah dan tidak dibenarkan memberi makanan kepada monyet kerana situasi tersebut akan membahayakan diri sendiri dan orang lain. 

 Ucapan Guru Bertugas:

  • Ucapan disampaikan oleh En. Nordin bin Mat Hussin
  • Guru menegaskan tentang adab semasa peperiksaan. Semua murid perlu membuat ulangkaji sebelum peperiksaan dan tidak bermain-main semasa waktu senggang antara peperiksaan.
  • Murid perlu pandai menggunakan masa terluang untuk mengulangkaji.
  • Sekiranya, murid siap awal semasa menjawab soalan peperiksaan, murid tidak dibenarkan mengganggu rakan yang lain dan membuat bising.


Penyampaian Kek Hari Lahir Kepada Murid (Bulan Mei)

  • Penyampaian kek telah disempurnakan oleh Pn. Guru Besar, Pn Siti Habsah bt Ahmad.
  • Semua murid dan guru menyanyikan lagu "Allah Selamatkan Kamu".



Disiplin Murid: Baik dan Terkawal



No comments: