Thursday, June 22, 2017

PROGRAM DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN) 2017

Program Dasar Warga Emas telah dilaksanakan pada 22 Jun 2017, Khamis. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling.
Unit Bimbingan Dan Kaunseling mengucapkan ribuan terima kasih kegada guru-guru dan staff Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti kerana bermurah hati memberikan sumbangan untuk menjayakan program DWEN ini.
Pemberian guru-guru dan staff dibahagikan kepada 2 bahagian. Sumbangan ini diberikan kepada dua orang warga emas. 
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid supaya mereka bertanggungjawab terhadap orang yang lebih tua terutama kepada kedua ibubapa. Sesi lawatan dan ramah mesra telah diadakan bertujuan berinteraksi bersama warga emas. Sesungguhnya Pertemuan singkat ini mampu mengubat kerinduan warga tua.

Di akhir program lawatan ini, murid dijangka dapat:  
 1.   Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir.  
 2.   Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik.   
3.  Melalui pengalaman menarik dijangka dapat memberikan banyak faedah kepada para murid.   
4.  Mengembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan. 
5.  Menyambung silaturrahim dengan nenek dan datuk angkat mereka pada  masa akan datang.


  




Wednesday, June 21, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Sempena Hari Raya Aidil Fitri sekolah akan bercuti pada 
  23 Jun - 2 Julai 2017


Image result for selamat hari raya aidilfitri

Kami, warga SK Pulau Meranti mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Mohon maaf segala kekhilafan kami.


Semoga anda semua selamat sampai ke destinasi yang dituju dan bergembira di samping keluarga tercinta

JAGA KESIHATAN, JAGA KESELAMATAN

HARI BICARA AKADEMIK KALI PERTAMA 2017

Pada 21 Jun 2017 ( Rabu ), Sekolah Kebangsaan Pualau Meranti telah mengadakan Hari Bicara Akademik kali pertama 2017 bagi murid pra hingga murid tahun 6. Hari Bicara Akademik diadakan untuk memaklumkan kepada ibubapa dan penjaga murid berkenaan perkembangan pencapaian akademik murid.

Matlamat Hari Bicara Akademik ini adalah untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama di antara warga pendidik dan ibubapa serta serta penjaga dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid serta sokongan yang positif kepada setiap program yang dilakukan oleh pihak sekolah.

Objektif Hari Bicara Akademik adalah untuk:-

  • Suaikenal antara guru-guru dan ibubapa serta penjaga murid.
  • mewujudkan permuafakatan antara guru-guru dan ibubapa serta penjaga murid melalui perbincangan berkaitan pencapaian akademik murid-murid.



  


 

 

 

 

 
Hari Bicara Akademik kali pertama 2017 - semua kelas pra hingga tahun 6

Kaunter Tabung Pendidikan (SSPN) Skim Simpanan Pendidikan Nasional juga turut diadakan.

Tuesday, June 20, 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN MURID YATIM MISKIN & IFTAR JAMAEI 2017

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana Majlis Penyampaian Sumbangan Yatim Miskin Sesi 2017 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis ini adalah di bawah kelolaan Unit Kebajikan HEM dan Panitia Pendidikan Islam. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tesco Putrajaya atas sumbangan dan tajaan iftar pada kali ini. Tidak lupa juga kepada hamba-hamba Allah yang budiman yang sudi memberikan sumbangan kepada murid yatim dan miskin di sekolah ini. Semoga amalan kita diterima olehNya bersempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

Pada jam 6.00 petang, sesi pendaftaran diadakan di kantin sekolah. Selesai sesi pendaftaran semua yang hadir dijemput masuk ke Dewan SKPM. Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Yusnizan bin Ahmad Marzuki. Seterusnya pengerusi majlis menjemput Puan Siti Habsah binti Ahmad, Guru Besar SKPM untuk memberikan sepatah dua kata. Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan YDP PIBG Datuk Hasnan bin Abdullah. Sebelum penyerahan sumbangan dilakukan, pihak sekolah berbesar hati menjemput wakil Tesco Putrajaya untuk berucap selaku penaja sumbangan dan iftar pada hari ini. 

Sesi pendaftaran

Pengerusi majlis mengalukan kedatangan
 hadirin yang hadir

Puan Siti Habsah binti Ahmad,
Guru Besar SKPM memberikan ucapan.

Ucapan oleh YDP PIBG,
Datuk Hasnan bin Abdullah

Ucapan daripada wakil Tesco Putrajaya

Antara yang hadir pada hari ini.

Majlis diteruskan dengan pemberian sumbangan kepada murid-murid yatim dan miskin.


Penyerahan sumbangan kepada murid

Penyerahan hadiah

Gambar kenangan bersama 

Majlis berakhir pada jam 7.15 malam. Semua yang hadir dijemput ke kantin dan dataran berbumbung bagi menikmati juadah berbuka puasa. 


Beratur mengambil juadah berbuka 

Beratur mengambil juadah berbuka

Menikmati hidangan berbuka puasa

Menikmati hidangan berbuka puasa


Diharap majlis yang diadakan ini, dapat meringankan beban keluarga murid-murid tersebut sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Semoga majlis ini mendapat keberkatan daripada Ilahi. Aamiin.

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 22 (SESI PETANG)

Tarikh : 19 Jun 2017
Masa    : 3.30-3.50 petang
Tempat: Dataran Berbumbung

Guru bertugas:
1) Pn. Nasibah Bt Sairi
2) Pn. Norazmah Bt Che Omar
3) Pn. Norsaliza Bt Abd Ghani
4) Pn. Nurhafizah Bt Udin
5) En. Mohd Riza Feelaqiz B Shauri

Agenda:
1) Majlis perhimpunan dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan pengumuman guru yang bertugas.


2) Acara diteruskan dengan bacaan doa oleh pengawas yang bertugas iaitu adik Arief Luqman (3G).


3)Ucapan guru bertugas minggu lepas: Pn Y. Nuryati Bt Abu Bakar
- murid perlu mengambil perhatian terhadap loceng yang dibunyikan selepas rehat
-terdapat murid yang sambil lewa apabila mendengar bunyi loceng dan tidak beratur di dataran berbumbung

4)Majlis perhimpunan ditangguhkan untuk memberi laluan kepada Program Mentor dan Mentee.
5)Murid beredar ke kelas masing-masing.



LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-22 ( SESI PAGI)


Tarikh : 19 Jun 2017 (ISNIN)
Masa   : 7.30 pagi -8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKPM


Guru Bertugas :
1. Pn. Che Mariah binti Ngah
2. Pn. Maziana binti Mustafar
3. Pn. Ainul Fathiah binti Muhd Fauzi

Aktiviti : (Minggu Ko-Kurikulum PBSM)

  • Pengerusi Majlis : Ulfah Umairah binti Azizi
  • Nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
  • Bacaan Doa : Adham Aiman bin Yusnizan
  • Ikrar Rukun Negara : Pn. Che Mariah binti Ngah
  • Ikrar Murid : Muhammad Aniq bin Amin
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Farah Adibah binti Azian
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
  • Laporan disampaikan oleh En. Daud bin Aris
  • Beliau menyatakan tentang kehadiran lewat murid ke sekolah
  • Beliau berharap perkara tersebut tidak akan berulang pada minggu ini.


Ucapan Murid PBSM:
  • Ucapan disampaikan oleh Ulfah Umairah binti Azizi
  • Tema yang disampaikan adalah tentang Pemakanan Yang Sihat
  • Memaklumkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini iaitu Pn. Che Mariah, Pn. Maziana dan Pn. Ainul Fathiah.
  • Beberapa tips telah dikongsikan iaitu :
  • Pertama Amalan Sewaktu Bersahur. Waktu bersahur yang digalakkan adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak. Semasa bersahur, adalah digalakkan mengambil makanan  seperti nasi, roti ,biskut dan oat. 
  • Kedua, Amalan Sewaktu Berbuka Puasa . Mulakan dahulu dengan buah kurma kerana ia mengandungi fruktosa yang boleh memberi tenaga segera. Selain itu, buah kurma juga mengandungi enzim yang boleh membantu proses penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya. 
  • Ketiga, Amalan Sewaktu Moreh (Makan Lewat Malam). Kita perlu mengambil snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich atau kuih-muih juga dibenarkan selepas bersembahyang tarawih tetapi jangan keterlaluan.


Penerangan Tentang Prinsip Asas Palang Merah oleh Adham Aiman bin Yusnizan


Ucapan Pn, Norhanim binti Ismail
  • Beliau memaklumkan tentang Program Malaysia Ngaji
  • Program tersebut akan dilaksanakan pada hari ini iaitu 19 Jun 2017 bermula jam 12.00 tgh - 1.00 tgh.
  • Guru yang berada di kelas pada masa tersebut perlu menjalan program tersebut.



Ucapan En. Mohd Azmin Atan (PK Pentadbiran)
  • Beliau mengingatkan murid-murid  tentang Hari Bicara Akademik yang akan diadakan pada hari Rabu 21 Jun 2017 bermula jam 12.00 tgh - 1.30 tgh.
  • Beliau berharap murid-murid dapat memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa masing-masing.
  • En. Mohd Azmin memperkenal dua orang guru praktikal iaitu Fatin Amirah dan Nur Hafizah dan seorang guru ganti.






Selepas  tamat Perhimpunan Pagi, murid-murid masuk ke kelas masing-masing untuk Program Mentor Mantee.