Wednesday, June 21, 2017

HARI BICARA AKADEMIK KALI PERTAMA 2017

Pada 21 Jun 2017 ( Rabu ), Sekolah Kebangsaan Pualau Meranti telah mengadakan Hari Bicara Akademik kali pertama 2017 bagi murid pra hingga murid tahun 6. Hari Bicara Akademik diadakan untuk memaklumkan kepada ibubapa dan penjaga murid berkenaan perkembangan pencapaian akademik murid.

Matlamat Hari Bicara Akademik ini adalah untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama di antara warga pendidik dan ibubapa serta serta penjaga dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid serta sokongan yang positif kepada setiap program yang dilakukan oleh pihak sekolah.

Objektif Hari Bicara Akademik adalah untuk:-

  • Suaikenal antara guru-guru dan ibubapa serta penjaga murid.
  • mewujudkan permuafakatan antara guru-guru dan ibubapa serta penjaga murid melalui perbincangan berkaitan pencapaian akademik murid-murid.



  


 

 

 

 

 
Hari Bicara Akademik kali pertama 2017 - semua kelas pra hingga tahun 6

Kaunter Tabung Pendidikan (SSPN) Skim Simpanan Pendidikan Nasional juga turut diadakan.

Post a Comment