Thursday, June 22, 2017

PROGRAM DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN) 2017

Program Dasar Warga Emas telah dilaksanakan pada 22 Jun 2017, Khamis. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling.
Unit Bimbingan Dan Kaunseling mengucapkan ribuan terima kasih kegada guru-guru dan staff Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti kerana bermurah hati memberikan sumbangan untuk menjayakan program DWEN ini.
Pemberian guru-guru dan staff dibahagikan kepada 2 bahagian. Sumbangan ini diberikan kepada dua orang warga emas. 
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid supaya mereka bertanggungjawab terhadap orang yang lebih tua terutama kepada kedua ibubapa. Sesi lawatan dan ramah mesra telah diadakan bertujuan berinteraksi bersama warga emas. Sesungguhnya Pertemuan singkat ini mampu mengubat kerinduan warga tua.

Di akhir program lawatan ini, murid dijangka dapat:  
 1.   Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir.  
 2.   Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik.   
3.  Melalui pengalaman menarik dijangka dapat memberikan banyak faedah kepada para murid.   
4.  Mengembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan. 
5.  Menyambung silaturrahim dengan nenek dan datuk angkat mereka pada  masa akan datang.


  




Post a Comment