Thursday, June 1, 2017

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2017

Jumaat, 26 Mei 2017 telah diadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi tahun 2017. Majlis yang disambut secara sederhana bertemakan "Glamour" telah diraikan dengan meriah pada hari tersebut. Acara dimulakan dengan penyerahan hadiah dan jambangan coklat oleh pengawas kepada semua guru dan staf, telah dikelolakan oleh Badan Kebajikan Guru & Staf (BKGS). 




Seterusnya, majlis diteruskan dengan persembahan murid Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6, Pentadbir Sekolah dan BKGS. Majlis tamat pada pukul 11.50 pagi. 



Jamuan guru dan cabutan bertuah diadakan secara ringkas pada jam 12.00 tengah hari.


No comments: