Monday, July 31, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 28 - 2017 SESI PAGI

Tarikh: 31 Julai 2017
Masa: 7.20 - 8.00 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi:

- En. Daud bin Aris
- En. R.Gopi a/l Rangaya
- Pn. Nirawaty bt Mohd Nor
- Pn. Diana bt Mohd Yusoff

Aktiviti:

1. Pengerusi Majlis: En. Daud bin Aris

2. Nyanyian Lagu Kebangsaan " Lagu Negaraku",
Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku dikendalikan oleh Ulfah tahun 6G


3. Bacaan Doa; Irfan Haziq tahun 5G


4. Ikrar Rukun Negara oleh En. Daud bin Aris


5. Ikrar Murid oleh Aniq tahun 6G


 6. Ikrar Keselamatan Jalan raya oleh Daniel Iman tahun 5G


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh En. Nordin

- Semua murid diingat jaga keselamatan diri kerana ada murid yang suka berlari dan melompat terutama semasa rehat dan waktu balik.
- Murid juga suka berkejar-kejar tanpa menghiraukan keselamatan.


Ucapan Guru Bertugas

- Disampaikan oleh En. Daud bin Aris bertemakan 'Sayangi Pemimpin'
- Murid diingatkan hormat dan sayang pemimpin di sekolah iaitu Guru Besar dan guru-guru.
- Dirumah pula, pemimpin yang harus mereka hormat dan sayang adalah kedua ibu dan bapa.

Penghargaan dan Ganjaran

-Tahun 1G memenangi Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas untuk minggu lepas.
- Tahun 1G telah menang 3 kali berturut-turut.


Ucapan GPK Kokurikulum

- Murid perlu sayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyanyi orang lain.
- Jaga kebersihan dan keselamatan diri di dalam kelas.
- Tolong jangan berlari terutama waktu rehat dan balik.



Sekian, terima kasih.

Wednesday, July 26, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-27 2017 (SESI PAGI)

Tarikh : 24 Julai 2017
Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi:

  1. En. Nordin bin Mat Hussin
  2. Pn. Hayati binti Kamis
  3. Pn. Suriatie binti Che Lah
  4. Cik Siti Aniqah binti Saineh

Aktiviti: 

  • Pengerus Majlis : Cik Siti Aniqah binti Saineh
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah & Lagu Aku Negaraku dikendalikan oleh : Ulfah Umairah bt Azizi (6G)
  • Bacaan Doa : Muhammad Aniq bin Amin (6G)
  • Ikrar Rukun Negara : Cik Siti Aniqah binti Saineh
  • Ikrar Murid : Adam Harith bin Azwan Hazle (6G)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Cik Siti Aniqah binti Saineh



Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
  • Laporan disampaikan oleh Cik Sharifah Nurul Hafizah binti Syed Omar
  • Semua murid diingatkan supaya menjaga adab dan peraturan semasa waktu rehat. Murid tidak dibenarkan berlari-lari dan bermain di kawasan berbukit dan semak.
  • Murid perlu segera bergerak ke tapak perhimpunan setelah loceng tamat rehat dibunyikan.

Ucapan Guru Bertugas:
  • Ucapan disampaikan oleh Cik Siti Aniqah binti Saineh
  • Guru memaklumkan guru yang bertugas.
  • Makluman tentang Peperiksaan Percubaan UPSR. Murid-murid lain tidak dibenarkan membuat bising dan berada di sekitar dewan peperiksaan semasa peperiksaan sedang dijalankan.

Penghargaan dan Ganjaran
  • Penyampaian Sijil Penyertaan Kepada Peserta Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) yang mengikuti Perkhemahan PPIM di Tasik Cyberjaya.
  • Seramai 4 orang murid yang terlibat dalam perkhemahan tersebut.
  • Penyampaian sijil disempurnakan oleh Guru Besar, Pn. Siti Habsah bt Ahmad
  • Penyampaian Hadiah Kepada Peserta NILAM (Bahasa Inggeris) yang telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan yang dianjurkan pada peringkat daerah. Murid tersebut ialah Aeryn Ilyn Safia binti Nor Hisham.

Peserta Perkhemahan PPIM
 
Peserta NILAM Bahasa Inggeris

Ucapan PK Hal Ehwal Murid
Murid diingatkan semula dengan beberapa peraturan sekolah:
  • Kehadiran ke sekolah adalah sebelum pukul 7.20 pagi. Murid yang hadir lewat selalunya adalah murid yang dihantar oleh ibu bapa sendiri. Jadi, murid perlu lebih berdisiplin dan bangun lebih awal.
  • Selepas makan dan minum di kantin, pinggan dan cawan perlu diletakkan di dalam besen yang disediakan, manakala plastik dan kertas perlu dimasukkan ke dalam tong sampah.
  • Murid perlu menjaga harta benda sekolah seperti meja dan kerusi kerana kebanyakan kerusi patah adalah disebabkan oleh kerusi dijongketkan (2 kaki).


LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-27 SESI PETANG

Tarikh   : 24 Julai 2017
Hari      : Isnin
Masa    : 3.40 - 4.10 Petang
Tempat : Dataran Ilmu


GURU BERTUGAS:

  1. En. Mohd Zulhusni Bin Suhaimi
  2. Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
  3. Pn. Nordiana Binti Amiruddin
  4. Pn. Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan
  5. En. Mohd Nasrul Afiq Bin Md. Desa
  6. Pn. Noor Rashedah Binti Mustaffa

 AKTIVITI;

  • Pengerusi Majlis: En.Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri
  • Nyanyian: Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku
  • Bacaan Doa: Adik Muhd Naqib Zakuan Bin Mohd Halimi (3G)
  • Ikrar Rukun Negara: En.Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri
  • Ikrar Murid: Adik Aina Haziqah Putri Binti Khairul Hamidy(3C)




UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG:
  • Disampaikan oleh Puan Hasimah Binti Samarin.
  • Puan Hasimah memaklumkan sepanjang minggu ini Peperiksaan Percubaan UPSR akan berlangsung.
  • Murid-murid diingatkan supaya tidak membuat bising sepanjang Peperiksaan Percubaan UPSR.
  • Murid-murid juga diingatkan supaya tidak melalui kawasan kelas peperiksaan dan terus berhimpun di Dataran Ilmu dan membuat bacaan NILAM.
  • Puan Hasimah juga memaklumkan bahawa pada hari Selasa (25 Julai 2017) sekolah mengambil cuti peristiwa memandangkan ramai guru yang terlibat dengan Taklimat PRU.
  • Puan Hasimah juga memaklumkan bahawa aktiviti Kokurikulum ditangguhkan pada minggu ini bagi memberi laluan kepada Peperiksaan Percubaan UPSR. 

UCAPAN GURU BERTUGAS:
  • Disampaikan oleh Puan Nordiana Binti Amiruddin.
  •  Tema pada minggu ini ialah "Disiplin"
  • Murid-murid diingatkan sentiasa mematuhi peraturan semasa berada di sekolah agar disiplin dapat dikawal dengan baik terutamanya ketika berada di dalam kelas dan perhimpunan.
  •  Ada segelintir murid yang suka menghabiskan wang belanja sekolah dengan belanja murid lain dan esoknya murid tersebut akan memaksa murid yang dibelanja itu membelanjanya semula.
  • Sikap ini perlu dijauhi dan guru akan mengambil tindakan disiplin jika perkara ini berulang.
  • Jika ada sebarang masalah, boleh berjumpa dengan guru bertugas mingguan.



Sunday, July 23, 2017


                                                      JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

24 – 27 JULAI 2017

TARIKH
MASA
KOD KERTAS

24 JULAI 2017
ISNIN

8.40 – 9.55pg
( 1 JAM 15 MIN)


BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011
11.10pg – 12.25tgh
( 1 JAM 15 MIN)


BAHASA MELAYU PENULISAN 012


25 JULAI 2017
SELASA

CUTI PERISTIWA

26 JULAI 2017
RABU
8.15 – 9.15pg
( 1 JAM )
MATEMATIK 015/1
11.10pg – 12.10tgh
( 1 JAM)
MATEMATIK 015/2

27 JULAI 2017
KHAMIS
8.15 – 9.15pg
( 1 JAM)
SAINS 018/1
11.10pg - 12.10tgh
(1 JAM)
SAINS 018/2




28 JULAI 2017
JUMAAT

8.15 – 9.30pg
(1 JAM 15 MIN)
   
BAHASA INGGERIS PEMAHAMAN 013
       10.00  -  10.20pg
                     REHAT
10.30 – 11.45pg
( 1 JAM 15 MIN)
BAHASA INGGERIS PENULISAN 014






SK PULAU MERANTI
TAKWIM PEPERIKSAAN DALAMAN 2017
TAHUN 1 – TAHUN 6

JENIS PEPERIKSAAN


TARIKH

SASARAN

TINDAKAN

CATATAN

UJIAN FORMATIF 1

13 MAC – 16 MAC 2017
( 4 HARI )


TAHUN 1-6

SEMUA GURU

SUBJEK TERAS SAHAJA
( BM, BI, MATE, SAINS)

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

15 MEI – 25 MEI 2017
( 9 HARI)

TAHUN 1-6
SEMUA GURU
 SEMUA SUBJEK TERLIBAT

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

24 JULAI-28 JULAI 2017
( 4 HARI )

TAHUN 6 SAHAJA

SEMUA GURU TAHUN 6

SUBJEK TERAS SAHAJA
( BM, BI, MATE, SAINS)

UPSR 2017

11 SEPT-14 SEPT 2017
( 4 HARI)

TAHUN 6 SAHAJA

KPM

SUBJEK TERAS SAHAJA
( BM, BI, MATE, SAINS)

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
( TOV TAHUN 5)

23 OKT-
27 OKT 2017
( 5 HARI)

TAHUN 1-6

SEMUA GURU

SEMUA SUBJEK TERLIBAT
Disediakan oleh:
Nirawaty bt Mohd Nor,
Setiausaha Pentaksiran Sekolah.

 

  

Wednesday, July 19, 2017

LATIHAN KEBAKARAN DAN DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN

SK PULAU MERANTI, 18 Julai - Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SK Pulau Meranti di bawah unit keselamatan sekolah telah mengadakan Latihan Kebakaran dan Demonstrasi Memadam Kebakaran . Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan  kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta tatacara penggunaan alat pemadam api. Program ini melibatkan murid sesi pagi iaitu Tahun 1,4,5, 6 dan prasekolah. Manakala untuk sesi petang melibatkan murid Tahun 2 dan 3. Acara bermula dengan  taklimat  ringkas dan penerangan tentang asas-asas memadam kebakaran serta tatacara penggunaan alat pemadam api . Program ini diteruskan dengan demonstrasi memadam kebakaran. Penglibatan guru dan murid dalam aktiviti tersebut amat menggalakkan. Program ini diharapkan dapat memberi sedikit maklumat dan pengalaman yang berguna kepada murid-murid dan guru-guru. 




































Monday, July 17, 2017

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-26 SESI PETANG

Tarikh: 17 Julai 2017
Masa  : 3.40-4.10 petang
Tempat : Dataran Berbumbung

Guru bertugas:
1) Pn. Nasibah Bt. Sairi
2) Pn. Nurhafizah Bt. Udin
3) Pn. Norsaliza Bt. Abd Ghani
4) En. Riza Feelaqiz Bin Shauri
5) Pn. Norazmah Bt. Che Omar


Pengerusi majlis: Pn. Nurhafizah Bt. Udin

AGENDA:
1) Nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
2) Bacaan doa : dipimpin oleh Arief Luqman

3) Bacaan Ikrar Rukunegara: Pn. Nurhafizah Bt. Udin
4) Bacaan Ikrar Murid: Nurzuhayra


5) Ucapan guru bertugas minggu lepas: Ustaz Adnan Bin Mustafa
- jaga barang sendiri kerana ada murid yang tidak membawa pulang bekas makanan yang dibawa semasa jamuan raya.
- tidak membeli makanan di luar pagar sekolah kerana tidak tahu kebersihannya.
-memanfaatkan duit belanja yang diberi ibubapa dengan baik.

6) Ucapan guru bertugas mingguan: Pn. Nurhafizah Bt. Udin
- tema :muhibbah
- menerangkan pengertian muhibbah
- muhibbah sesama rakan
- muhibbah dan mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum

7) Penyampaian kek hari jadi kepada murid yang menyambut hari jadi pada bulan Jun oleh GPK Petang, Pn. Nor Hasimah Bt. Samarin.
8) Nyanyian lagu hari jadi bersama-sama.

9) Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Nasyid Tahun 3 sempena Bulan Panitia Bahasa Arab yang disampaikan oleh GPK Petang.




9) Murid menyanyikan Lagu Aku Negaraku bersama-sama.
10) Perhimpunan ditangguhkan dan murid beredar ke kelas masing-masing.



PERHIMPUNAN MINGGU KE 26 SESI PAGI

Laporan Perhimpunan Minggu Ke 26 (Minggu Pengakap)

Guru Bertugas:
En. Yusnizan b. Ahmad Marzuki
Pn. Roshida bt. Nayan
Pn. Norjaya bt. Sumaleh
Cik Sharifah Nurul Hafizah bt. Syed Omar

Tarikh: 17hb Julai 2017
Masa: 7.20 am hingga 8.00am
Tempat: Dataran Perhimpunan
Pengerusi majlis adik Muhammad Aniq



1. Nyanyian 4 buah rangkaian lagu


   a) Lagu Negaraku
   b) Lagu Negeri Selangor
   c) Lagu Sekolah
   d) Lagu Aku Negaraku

2. Bacaan doa oleh adik Adam Haris



3. Ikrar Rukunegara oleh En. Yusnizan



4. Ikrar murid oleh adik  Nurul Salwa



5. Ikrar keselamatan Jalan raya oleh adik Arsalina

6. Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas


    - disampaikan oleh Ustazah Norhanim
    - menegur murid tahap 2 yang tidak bergerak pantas ke tapak
      perhimpunan  apabila loceng dibunyikan selepas waktu
      rehat.
    - menegur sikap murid yang suka keluar beramai ramai
      sementara menunggu pertukaran guru masuk ke dalam
      kelas.
   -  semua murid perlu mematuhi peraturan sekolah.

7. Bacaan tema minggu ini oleh adik Muhammad Aniq.

8. Persembahan ahli pengakap




   - membuat demostrasi ikatan
   - menerangkan cara pemakaian ahli unit pengakap dengan
     betul

9.Ucapan Pn. Siti Habsah Bt. Ahmad Guru Besar SKPM


   - Memberi peringatan kepada murid Tahun 6 tentang
     percubaan pada minggu hadapan.
   - mengingatkan semua murid agar dapat menjaga kesihatan
     diri.
  -  Menegur sikap murid yang tidak lagi mengamalkan budaya
     salam dan mengucapkan terima kasih.
  -  Menegaskan budaya salam perlu diamalkan oleh semua
     murid.
   - memberi amaran kepada semua murid agar tidak membeli
      makanan di perhentian bas kerana dikhuatiri tercemar.

10. Penyampaian Kek Harijadi kepada murid yang lahir pada
       bulan Jun.



       - disampaikan oleh Puan Guru Besar

Perhimpunan ditangguhkan...