Monday, July 31, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 28 - 2017 SESI PAGI

Tarikh: 31 Julai 2017
Masa: 7.20 - 8.00 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi:

- En. Daud bin Aris
- En. R.Gopi a/l Rangaya
- Pn. Nirawaty bt Mohd Nor
- Pn. Diana bt Mohd Yusoff

Aktiviti:

1. Pengerusi Majlis: En. Daud bin Aris

2. Nyanyian Lagu Kebangsaan " Lagu Negaraku",
Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku dikendalikan oleh Ulfah tahun 6G


3. Bacaan Doa; Irfan Haziq tahun 5G


4. Ikrar Rukun Negara oleh En. Daud bin Aris


5. Ikrar Murid oleh Aniq tahun 6G


 6. Ikrar Keselamatan Jalan raya oleh Daniel Iman tahun 5G


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh En. Nordin

- Semua murid diingat jaga keselamatan diri kerana ada murid yang suka berlari dan melompat terutama semasa rehat dan waktu balik.
- Murid juga suka berkejar-kejar tanpa menghiraukan keselamatan.


Ucapan Guru Bertugas

- Disampaikan oleh En. Daud bin Aris bertemakan 'Sayangi Pemimpin'
- Murid diingatkan hormat dan sayang pemimpin di sekolah iaitu Guru Besar dan guru-guru.
- Dirumah pula, pemimpin yang harus mereka hormat dan sayang adalah kedua ibu dan bapa.

Penghargaan dan Ganjaran

-Tahun 1G memenangi Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas untuk minggu lepas.
- Tahun 1G telah menang 3 kali berturut-turut.


Ucapan GPK Kokurikulum

- Murid perlu sayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyanyi orang lain.
- Jaga kebersihan dan keselamatan diri di dalam kelas.
- Tolong jangan berlari terutama waktu rehat dan balik.



Sekian, terima kasih.

No comments: