Wednesday, July 26, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-27 SESI PETANG

Tarikh   : 24 Julai 2017
Hari      : Isnin
Masa    : 3.40 - 4.10 Petang
Tempat : Dataran Ilmu


GURU BERTUGAS:

  1. En. Mohd Zulhusni Bin Suhaimi
  2. Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
  3. Pn. Nordiana Binti Amiruddin
  4. Pn. Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan
  5. En. Mohd Nasrul Afiq Bin Md. Desa
  6. Pn. Noor Rashedah Binti Mustaffa

 AKTIVITI;

  • Pengerusi Majlis: En.Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri
  • Nyanyian: Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku
  • Bacaan Doa: Adik Muhd Naqib Zakuan Bin Mohd Halimi (3G)
  • Ikrar Rukun Negara: En.Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri
  • Ikrar Murid: Adik Aina Haziqah Putri Binti Khairul Hamidy(3C)




UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG:
  • Disampaikan oleh Puan Hasimah Binti Samarin.
  • Puan Hasimah memaklumkan sepanjang minggu ini Peperiksaan Percubaan UPSR akan berlangsung.
  • Murid-murid diingatkan supaya tidak membuat bising sepanjang Peperiksaan Percubaan UPSR.
  • Murid-murid juga diingatkan supaya tidak melalui kawasan kelas peperiksaan dan terus berhimpun di Dataran Ilmu dan membuat bacaan NILAM.
  • Puan Hasimah juga memaklumkan bahawa pada hari Selasa (25 Julai 2017) sekolah mengambil cuti peristiwa memandangkan ramai guru yang terlibat dengan Taklimat PRU.
  • Puan Hasimah juga memaklumkan bahawa aktiviti Kokurikulum ditangguhkan pada minggu ini bagi memberi laluan kepada Peperiksaan Percubaan UPSR. 

UCAPAN GURU BERTUGAS:
  • Disampaikan oleh Puan Nordiana Binti Amiruddin.
  •  Tema pada minggu ini ialah "Disiplin"
  • Murid-murid diingatkan sentiasa mematuhi peraturan semasa berada di sekolah agar disiplin dapat dikawal dengan baik terutamanya ketika berada di dalam kelas dan perhimpunan.
  •  Ada segelintir murid yang suka menghabiskan wang belanja sekolah dengan belanja murid lain dan esoknya murid tersebut akan memaksa murid yang dibelanja itu membelanjanya semula.
  • Sikap ini perlu dijauhi dan guru akan mengambil tindakan disiplin jika perkara ini berulang.
  • Jika ada sebarang masalah, boleh berjumpa dengan guru bertugas mingguan.



No comments: