Wednesday, July 26, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-27 2017 (SESI PAGI)

Tarikh : 24 Julai 2017
Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi:

  1. En. Nordin bin Mat Hussin
  2. Pn. Hayati binti Kamis
  3. Pn. Suriatie binti Che Lah
  4. Cik Siti Aniqah binti Saineh

Aktiviti: 

  • Pengerus Majlis : Cik Siti Aniqah binti Saineh
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah & Lagu Aku Negaraku dikendalikan oleh : Ulfah Umairah bt Azizi (6G)
  • Bacaan Doa : Muhammad Aniq bin Amin (6G)
  • Ikrar Rukun Negara : Cik Siti Aniqah binti Saineh
  • Ikrar Murid : Adam Harith bin Azwan Hazle (6G)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Cik Siti Aniqah binti Saineh



Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
  • Laporan disampaikan oleh Cik Sharifah Nurul Hafizah binti Syed Omar
  • Semua murid diingatkan supaya menjaga adab dan peraturan semasa waktu rehat. Murid tidak dibenarkan berlari-lari dan bermain di kawasan berbukit dan semak.
  • Murid perlu segera bergerak ke tapak perhimpunan setelah loceng tamat rehat dibunyikan.

Ucapan Guru Bertugas:
  • Ucapan disampaikan oleh Cik Siti Aniqah binti Saineh
  • Guru memaklumkan guru yang bertugas.
  • Makluman tentang Peperiksaan Percubaan UPSR. Murid-murid lain tidak dibenarkan membuat bising dan berada di sekitar dewan peperiksaan semasa peperiksaan sedang dijalankan.

Penghargaan dan Ganjaran
  • Penyampaian Sijil Penyertaan Kepada Peserta Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) yang mengikuti Perkhemahan PPIM di Tasik Cyberjaya.
  • Seramai 4 orang murid yang terlibat dalam perkhemahan tersebut.
  • Penyampaian sijil disempurnakan oleh Guru Besar, Pn. Siti Habsah bt Ahmad
  • Penyampaian Hadiah Kepada Peserta NILAM (Bahasa Inggeris) yang telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan yang dianjurkan pada peringkat daerah. Murid tersebut ialah Aeryn Ilyn Safia binti Nor Hisham.

Peserta Perkhemahan PPIM
 
Peserta NILAM Bahasa Inggeris

Ucapan PK Hal Ehwal Murid
Murid diingatkan semula dengan beberapa peraturan sekolah:
  • Kehadiran ke sekolah adalah sebelum pukul 7.20 pagi. Murid yang hadir lewat selalunya adalah murid yang dihantar oleh ibu bapa sendiri. Jadi, murid perlu lebih berdisiplin dan bangun lebih awal.
  • Selepas makan dan minum di kantin, pinggan dan cawan perlu diletakkan di dalam besen yang disediakan, manakala plastik dan kertas perlu dimasukkan ke dalam tong sampah.
  • Murid perlu menjaga harta benda sekolah seperti meja dan kerusi kerana kebanyakan kerusi patah adalah disebabkan oleh kerusi dijongketkan (2 kaki).


No comments: