Monday, August 7, 2017

KEM DIDIK HIBUR (PROGRAM PEMULIHAN KHAS) 2017

Hari : Rabu dan Khamis
Tarikh : 2 dan 3 Ogos 2017

PENGENALAN
Kem Didik Hibur anjuran Program Pemulihan Khas bersama Program LINUS adalah satu program yang dirancang bagi meningkatkan tahap penguasaan murid pemulihan dan Linus dalam masalah 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kem ini menekankan aspek penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk didik hibur bagi menarik minat murid untuk terus belajar supaya penguasaan murid dalam masalah 4M dapat diatasi dalam masa yang singkat. Program ini adalah untuk memperkenalkan bahan-bahan pengajaran yang lebih mudah difahami oleh murid-murid.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan prestasi murid dari segi penguasaan 4M dengan lebih cepat.
  • Menarik minat murid untuk terus belajar mengikut perkembangan semasa.
  • Membantu murid dari segi bahan pengajaran yang terkini.
  • Meminimumkan sifar Konstruk 1 dan 2 dalam Saringan LINUS kali ke-2.
  • Merapatkan hubungan antara murid, guru dan ibu bapa.
SASARAN
Murid-murid Tahap 1
  • Tahun 1 (15 orang murid)
  • Tahun 2 (10 orang murid)
  • Tahun 3 (5 orang murid)

CORAT-CORET KEM DIDIK HIBUR



































No comments: