Monday, August 7, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 29 - 2017 SESI PETANG

Tarikh   : 7 Ogos 2017
Hari      : Isnin
Masa    : 3.40 - 4.10 Petang
Tempat : Dataran Ilmu


GURU BERTUGAS:

  1. En. Reza Feelaqiz Bin Shauri
  2. Pn. Nasibah Bt Sairi
  3. Pn. Norazmah Bt Che Omar
  4. Pn. Nurhafizah Bt. Udin
  5. Pn. Norsaliza Bt Abd Ghani

 AKTIVITI;

  • Pengerusi Majlis: En.Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri
  • Nyanyian: Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku
  • Bacaan Doa: Adik Arief Luqman (3G)
  • Ikrar Rukun Negara: Adik Arif Haikal (2W)
  • Ikrar Murid: Adik Nurzuhayra(3G)











UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS:
Ucapan guru bertugas minggu lepas: Ustaz Adnan Bin Mustafa

  • murid diingatkan supaya tidak bising semasa pertukaran subjek dimana guru terlewat sedikit masuk ke kelas.
  • murid 2W dan 3W khasnya ditegur supaya tidak keluar dan bermain di dataran berbumbung.
  • duit yang hilang akan dimasukkan ke dalam tabung surau.


UCAPAN GURU BERTUGAS:
  • Disampaikan oleh En. Reza Feelaqiz Bin Shauri.
  •  Tema pada minggu ini ialah "Saya Anak Malaysia"
  • Murid-murid diingatkan supaya sentiasa bersyukur menjadi warganegara Malaysia.
  •  Malaysia bertuah kerana rakyatnya hidup aman dan harmoni.
  • Murid perlu patuh dengan undang-undang yang ada di negara ini.
  • untuk menunjukkan rasa sayang kepada negara, murid perlu belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi orang yang berguna kepada negara dan bangsa.

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG:
  • Disampaikan oleh Puan Hasimah Binti Samarin.
  • Puan Hasimah memaklumkan sepanjang minggu ini Peperiksaan Percubaan UPSR ke-2 akan berlangsung.
  • Murid-murid diingatkan supaya tidak membuat bising sepanjang Peperiksaan Percubaan UPSR.
  • Murid-murid juga diingatkan supaya tidak melalui kawasan kelas peperiksaan dan terus berhimpun di Dataran Ilmu dan membuat bacaan NILAM.

Perhimpunan ditangguhkan dan murid beredar ke kelas masing-masing.

No comments: