Monday, August 14, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-30 (SESI PETANG)

Tarikh: 14 Ogos 2017
Masa: 3.40-4.10 petang
Tempat: Dataran Berbumbung

Guru Bertugas Sesi Petang:

1. En Mohd Zulhusni bin Suhaimi
2. En Mohd Nasrul Afiq bin Md Desa
3. Pn Mahfuzah binti Ahmad Zakuan
4. Pn Nor Diana binti Amiruddin
4. Pn Yusnur Aida binti Yusoff
5. Pn Noor Rashedah binti Mustaffa (Cuti Bersalin)

Aktiviti:
  • Pengerusi Majlis: En Mohd Zulhusni bin Suhaimi
  • Nyanyian: Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku
  • Bacaan Doa: Adik Muhd Naqib Zakwan bin Mohd Halimi (3G)
  • Ikrar Rukun Negara: En Mohd Zulhusni bin Suhaimi
  • Ikrar Murid: Adik Aina Haziqah Putri binti Khairul Hamidy (3C)

Nyanyian lagu dikendalikan oleh Cikgu Riza.

Ikrar Rukun Negara dipimpin oleh Cikgu Zul

Bacaan doa oleh adik Naqib Zaqwan

Ikrar Murid diketuai oleh adik Aina Haziqah

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: 
  • Disampaikan oleh Pn Nasibah binti Sairi
  • Beliau meminta agar semua murid berkumpul di kantin terlebih dahulu apabila hadir ke sekolah. Murid tidak dibenarkan bermain di padang. Selain itu, murid diingatkan agar tidak berada di kawasan dataran berbumbung memandangkan masih ada pengajaran dan pembelajaran bagi murid sesi pagi.
  • Beliau mengingatkan agar murid sentiasa menjaga disiplin.
Laporan minggu lepas oleh Ustazah Nasibah

Ucapan Guru Bertugas Minggu ini:
  • Disampaikan oleh En Mohd Zulhusni bin Suhaimi
  • Tema minggu ini ialah "Semangat Patriotik".
  • Beliau menerangkan maksud cintakan negara.
  • Selaku rakyat Malaysia kita semua mestilah mempunyai semangat patriotik cintakan negara Malaysia.
  • Beliau menceritakan tentang sejarah kemerdekaan negara Malaysia.
Ucapan guru bertugas minggu ini

Pelancaran Bulan Kemerdekaan:
  • Dikendalikan oleh: En Mohd Zulhusni bin Suhaimi
  • Beliau memaklumkan aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan antaranya : pertandingan kelas patriotik, kuiz, melukis poster, nyanyian lagu patriotik dan lain-lain lagi.
  • Puan Nor Hasimah binti Samarin, selaku PK Petang berbesar hati merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan.
  • Beliau menasihatkan agar semua murid mempunyai semangat cintakan dan sayangkan negara kerana murid yang berjaya penentu masa depan negara.
  • Semua murid dan guru menyanyikan lagu patriotik dengan penuh semangat sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang
Perasmian Bulan Kemerdekaan oleh
Puan Nor Hasimah, PK Petang

Tandatangan sebagai simbolik bermulanya
Bulan Kemerdekaan.

Para guru semangat mengibarkan Jalur Gemilang

Para guru turut sama-sama mengibarkan bendera

Semua murid sedang menyanyikan lagu patriotik

Murid turut mengambil bahagian mengibarkan bendera



Hal-hal Lain:
  • Penyampaian kek harijadi kepada murid yang lahir pada bulan Julai


Para murid yang menerima hadiah kek harijadi bulan Julai

No comments: