Monday, August 14, 2017

Pelancaran Program Sambutan Bulan Kemerdekaan

14 Ogos 2017, Isnin - Panitia serajah , RBT, PUsat Sumber sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melancarkan Program Sambutan bulan Kemerdekaan.

Pendahuluan
Bulan Ogas pada setiap tahun dikenang sebagai bulan kemerdekaan apabila negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Sambutan bulan kemerdekaan seumpamanya secara tidak lansung dapat menerapkan nilai-nilai patriotik dalam kalangan warga sekolah. Sambutan kemerdekaan akan dijalankan bermula 14 Ogos 2017 hingga 18 september 2017.

Objektif

  • Melahirkan generasi yang mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar.
  • Melahirkan insan yang tahu menilai erti pengorbanan dalam mencapai status negara yang bebas merdeka.
  • Mendorong murid-murid dan warga sekolah menjadi lebih berjaya mencapai azam dan impian masing-masing.
Aktiviti Sepangjang Bulan Kemerdekaan
  1. Pelancaran Bulan Kemerdekaan ( 14/ 8/ 2017 )
  2. Pertandingan Mewarna Kemerdekaan ( Pra Sekolah & Tahun 1 )
  3. Pertandingan Melukis Poster ( Tahun 2 & 3 )
  4. Pertandingan Reka Cipta (Tahun 4, 5 & 6)
  5. Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan ( Tahun 5 & 6)
  6. Pertandingan Hiasan Kelas Patriotik
  7. Pertandingan Lagu Patriotik
  8. Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan ( 18 September 2017 )









Pn. Guru Besar melancarkan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan















Program Diakhiri dengan nyanian lagu - Tanggal 31

No comments: