Sunday, August 6, 2017

PROGRAM BIMBINGAN KASIH MURID TAHUN 1,2 & 3 LINUS 2.0, 2017

HARI      : KHAMIS
TARIKH : 3 OGOS 2017
TEMAT  : BILIK MESYUARAT SK PULAU MERANTI

PENGENALAN
Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key Performance Indicators (MKPI) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2013. Justeru, setiap segala yang diatur, disusun dan dijalankan adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program LINUS. Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan hasrat ini satu bentuk perancangan yang baik, tersusun, terarah, bermatlamat dan bermakna perlu direncanakan. Perancangan Strategik. LINUS merupakan satu usaha untuk menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS  sekolah ini agar dapat menyumbang sesuatu kepada murid-murid tahap satu. Perancangan stategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa LINUS sekolah ini. 
         Sehubungan itu, Program LINUS dengan kerjasama Program Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah mengadakan "Program Bimbingan Kasih" bersama ibu bapa murid LINUS bagi membimbing murid-murid yang masih belum menguasai konstruk LINUS bagi menghadapi Saringan 2 LINUS yang akan bermula pada bulan Ogos ini. 
           Program ini bermula pada jam 12.30 tengahari dan berakhir pada jam 2.30 petang. Kehadiran ibu bapa pada kali ini amat memberansangkan demi memperlihatkan kemajuan prestasi anak-anak dalam menguasai LINUS pada kali ini. Terima kasih kepada semua jawatankuasa kerja serta warga sekolah dan ibu bapa dalam menjayakan program ini. 

OBJEKTIF
  1. Memberi pengenalan & pemahaman mengenai program LINUS &  Pemulihan Khas.
  2. Mendapatkan sokongan ibu bapa dalam membantu pihak sekolah untuk   menghapuskan  buta 4M tahap 1 pada 2017.
KUMPULAN SASARAN
Murid-murid LINUS Tahun 1, 2 dan 3 Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti

LENSA KAMERA











No comments: