Friday, September 8, 2017

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN PERDANA


 Program Solat Hajat dan Bacaan Yaasin di Masjid Meranti



Program : Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Perdana
Tarikh    : 07 September 2017
Masa      : 7.00 petang - 10 malam

Program solat hajat dan bacaan yaasin ini telah diadakan sebagai usaha bagi melengkapi persediaan murid - murid tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada 11-14 September 2017. Program usahasama Panitia Pendidikan Islam SKPM, pihak PIBG dan juga pihak Masjid Meranti, Kampung Pulau Meranti ini telah mendapat sambutan yang hebat di kalangan murid, ibubapa dan komuniti Kampung Pulau Meranti. Selain itu, penceramah jemputan juga telah diatur oleh pihak masjid bagi memberikan tips kepada murid dan ibubapa dalam menghadapi situasi peperiksaan. Bacaan yaasin dan solat hajat dipimpin oleh Imam Masjid Meranti, Ustaz Zurilazman b. Abdullah. Jamuan makan malam juga telah disediakan untuk semua hadirin. 

Pendaftaran ibubapa dan guru
Pendaftaran murid tahun 6
Bacaan yaasin pimpinan Ustaz Zurilazman

Jemaah lelaki

Air bacaan yaasin
Jemaah wanita
Penceramah jemputan, Ustaz Muhammad Afandie b. Yahaya
Penyediaan makan malam oleh Guru-guru SKPM

Semoga usaha ini membuahkan hasil yang baik dan bermanfaat untuk semua. Kepada calon-calon UPSR SK Pulau Meranti..Semoga berjaya dan memperoleh kejayaan cemerlang. DOA...USAHA...IKHTIAR..TAWAKKAL..BIT TAUFIQ WAN NAJAH..

No comments: