Tuesday, October 10, 2017

DRAW YOUR DREAM

10 Oktober 2017 - Panitia Pendidikan Seni Visual dengan kerjasama Unit Gemilang UPSR telah mengadakan satu program yang dinamakan "Draw Your Dream", merupakan salah satu program yang dirancang sempena pasca UPSR. Aktiviti ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang seni di samping mengisi masa lapang dengan mencipta objek 2D dan 3D menggunakan Pen 3D yang akan dibekalkan oleh fasilitaor jemputan dan 6 warna filamen PLA (merah, kuning, biru, hijau, putih dan hitam). 

Aktiviti ini telah disertai oleh 158 orang murid SK Pulau Meranti yang terdiri daripada 66 orang murid tahun 6 dan 92 orang murid tahun 5. Murid-murid sangat teruja menjalankan aktiviti ini yang merupakan satu perkara baharu yang mereka pelajari. Masing-masing tidak melepaskan peluang mencipta pelbagai objek dan karaktor yang mereka minati.

Semoga aktiviti yang ini mencapai objektif yang ditetapkan dan Panitia PSV mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakannya.

















No comments: