Monday, October 2, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 36 (SESI PETANG)

Tarikh: 2 Oktober 2017
Masa: 3.40-4.10 petang
Tempat: Dataran Berbumbung

Guru Bertugas Sesi Petang:

1. En Mohd Zulhusni bin Suhaimi
2. Pn Noor Rashedah binti Mustaffa
3. Pn Mahfuzah binti Ahmad Zakuan
4. Pn Nor Diana binti Amiruddin
5. Pn Yusnur Aida binti Yusoff


Aktiviti:
  • Pengerusi Majlis: En Mohd Zulhusni bin Suhaimi
  • Nyanyian: Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku
  • Bacaan Doa: Adik Muhd Naqib Zakwan bin Mohd Halimi (3G)
  • Ikrar Rukun Negara: En Mohd Zulhusni bin Suhaimi
  • Ikrar Murid: Adik Aina Haziqah Putri binti Khairul Hamidy (3C)

Nyanyian lagu dipimpin oleh Cikgu Saliza

Bacaan doa oleh Adik Naqib Zaqwan 

Ikrar Rukun Negara oleh Cikgu Zulhusni

Ikrar Murid dipimpin oleh Adik Aina Haziqah Putri


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: 
  • Disampaikan oleh Pn Norazmah binti Che Omar
  • Beliau memberi amaran tentang kes ugut mengugut yang berlaku di kalangan murid baru-baru ini. Sekiranya masih berlaku kes sedemikian, murid-murid akan dikenakan tindakan disiplin dan tatatertib. 
  • Beliau mengingatkan agar murid sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah.
  • Memandangkan semua buku tulis akan dikutip untuk semakan pentadbir, semua murid diingatkan membawa buku tulis dan menjaga kebersihan buku tulis dengan baik.
Laporan minggu lepas oleh Cikgu Norazmah

Ucapan Guru Bertugas Minggu ini:
  • Disampaikan oleh En Mohd Zulhusni bin Suhaimi
  • Tema minggu ini ialah "Tanggungjawab".
  • Beliau menerangkan maksud tanggungjawab murid terhadap diri sendiri dan sekolah.
  • Murid diingatkan agar lebih bertanggungjawab terhadap peralatan dan kemudahan yang terdapat di sekolah. 
  • Murid dinasihatkan agar meletakkan peralatan stor sukan di tempat yang sepatutnya. 
Ucapan guru bertugas minggu ini


Hal-hal Lain:
  • Penyampaian kek harijadi kepada murid yang lahir pada bulan September
Para penerima kek harijadi Bulan September

  • Penyampaian bintang Pertandingan Keceriaan Kelas 
Kelas 2 Gemilang

Kelas 3 Gemilang

Kelas 2 Dinamik

3 Cemerlang 



No comments: